Pengecualian Fi Visa Bagi Pelancong China

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 9:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua permohonan visa bagi tujuan melancong oleh rakyat China ke negara ini dikecualikan daripada bayaran fi visa pada kadar bersamaan RM30 mulai 15 Februari hingga 31 Disember 2015.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN), pengecualian fi visa ini dilaksanakan secara menyeluruh di semua pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang mengeluarkan visa kepada warga China.

"Tempoh tinggal yang dibenarkan adalah 30 hari serta tidak boleh dilanjutkan dan syarat permohonan visa kekal seperti sedia ada," kata KDN.

Ia menarik perhatian bahawa langkah itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lepas berhubung pemberian visa secara percuma kepada pelancong rakyat negara tertentu antaranya dari China bagi menyokong promosi MyFest2015, sekali gus meningkatkan pendapatan negara.

Kenyataan itu berkata permohonan visa melalui pusat sehenti yang dibenarkan beroperasi di negara-negara berkaitan pula masih tertakluk kepada caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pusat berkenaan.

Tags / Kata Kunci: fi visa , percuma , pelancong china

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan