Tawar Tun M Jadi Penasihat, Langkah Terdesak PKR - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 2:49 PM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

BAU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PKR mungkin sudah terdesak untuk mencari orang yang boleh memberi nasihat kepada mereka, sehingga mereka menawarkan kedudukan itu, kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun timbalan perdana menteri itu percaya Tun Dr Mahathir terlalu sebati 'darah Umnonya', iaitu parti yang dipimpinnya begitu lama, untuk menerima jawatan berkenaan jika ditawarkan.

"...saya percaya begitu, walaupun beliau kritikal dalam isu-isu tertentu dalam politik mahupun pentadbiran kerajaan tapi saya percaya beliau ahli Umno yang sebati selepas menjadi pemimpin parti begitu lama," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Pemimpin Bersama Rakyat Dewan Suarah Bau di sini Jumaat.

"Mungkin mereka (PKR) sudah rasa terdesak, tak ada siapa lagi yang boleh membantu jadi mereka terfikir Tun (Dr Mahathir)," katanya.

Beberapa blog pada Khamis melaporkan sekumpulan anggota PKR yang berhimpun di hadapan Ibu pejabat PKR Tropicana memegang kain rentang yang mendesak pucuk pimpinan parti itu melantik Tun Dr Mahathir sebagai ketua umum PKR menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.

Sementara itu, semasa dirujuk mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, Muhyiddin berkata ketika ini masih terlalu awal untuk memperkatakan hal itu.

Ini kerana sehingga ini belum ada kenyataan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi Parlimen itu.

Selasa lepas, Mahkamah Persekutuan mendapati penasihat PKR yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, Anwar, bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan mengekalkan keputusan serta hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: Tun Dr Mahathir , PKR , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan