Negara Kehilangan Pemimpin, Ilmuwan Islam - PM

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 7:13 AM

Nik Abdul Aziz Nik Mat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negara telah kehilangan seorang pemimpin dan ilmuwan Islam yang telah banyak berjasa dengan pemergian ke rahmatullah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam Khamis.

Dalam status terbaru di laman Facebooknya, Perdana Menteri juga melahirkan rasa sedihnya atas pemergian bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS itu.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya amat sedih mendengar berita kepulangan Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ke rahmatullah," katanya. 

Najib berkata walaupun beliau dan Allahyarham berbeza pendapat dan pandangan, mereka berkongsi impian untuk Malaysia kekal sebuah negara Islam yang aman dan makmur.
 
"Saya doakan semoga roh Allahyarham Nik Aziz dikurniakan husnul khotimah dan ditempatkan bersama para syuhada di Syurga Al-Jannah. Al-Fatihah," kata beliau.

Terdahulu dalam satu majlis di ibu negara, Najib yang sedang menyampaikan ucapannya turut memberhentikan ucapannya seketika untuk menyedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham setelah dimaklumkan dengan berita sedih itu oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 

Najib yang berucap pada majlis makan malam ulang tahun Yayasan Pendidikan Cheras turut memberitahu hadirin berkenaan berita tersebut dan mengajak mereka menyedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham, sebelum menyambung semula ucapannya.

Nik Aziz, 84, menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan pada pukul 9.40 malam Khamis, kira-kira sejam selepas pulang daripada Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Krian.

Allahyarham dirawat di hospital itu sejak 19 Januari lepas kerana kanser prostat.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam laman twitternya turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dengan catatan "saya dengan penuh rasa dukacita mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Nik Aziz. 

"Moga roh beliau ditempatkan bersama-sama hamba2Nya yang soleh," kata Muhyiddin.

Di KEDAH, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz.
Ucapan takziah itu disampaikan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anak Allahyarham, Nik Mohamad Abduh.

"As salam YB (Nik Mohamad Abduh). Takziah atas pemergian Allahyarham Ayahanda. Moga rohnya dirahmati, diampun segala dosa, diangkat azab kubur dan ditempatkan dalam kalangan Muttaqiin, inshaa Allah. Al fatihah," katanya.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut mengucapkan takziah di dalam laman twitternya dengan catatan: "Alfatihah. Salam Takziah kepada keluarga Tuan Guru Nik Aziz di atas pemergiannya ke rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman".

Kalangan menteri kabinet termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham melalui laman twitter masing-masing.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam twitternya berkata,"semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. 

Biarpun berbeza pendapat namun Allahyarham seorang pemimpin disegani.

Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham melalui catatan twitternya, turut berkata negara kehilangan seorang pemimpin yang amat disegani.

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dalam twitternya mencatatkan,"ucapan takziah kepada keluarga bekas MB Kelantan, Datuk Nik Aziz".

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Nik Aziz Nik Mat

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan