Muhyiddin: Allahyarham Datuk Nik Aziz Tokoh Politik Bijaksana

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 2:06 PM

Muhyiddin bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Dewan Suarah Bau, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

BAU: Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang tokoh politik yang cukup bijaksana dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada kita semua, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sikap kesederhanaan Allahyarham disanjung semua pihak, bukan sahaja dalam peranannya sebagai seorang tokoh politik, tapi juga sebagai tokoh agama yang banyak berjasa.

"Kita ketepikan soal politik, atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan sesama Islam...semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada dan solihin," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perjumpaan Dengan Rakyat di Dewan Suarah Bau di sini, Jumaat.

"Kita juga ucapkan takziah dan sama-sama berharap agar keluarga Allahyarham tabah dalam menghadapi ujian Allah ini," tambahnya.

Mursyidul Am PAS itu meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baru Kelantan, pada 9.40 malam Khamis.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan