Jenazah Nik Aziz Selamat Disemadi Sebelah Pusara Bapa

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 12:05 PM

Nik Aziz Meninggal Dunia

  • 1 of 16
  • Janazah Nik Aziz 2

    Jenazah Nik Aziz disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Allahyarham dikebumikan kira-kira pukul 10.55 pagi Jumaat bersebelahan kubur bapanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun lepas.

  • Jenazah Nik Aziz 1

    Jenazah Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dibawa ke Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu, untuk disembahyangkan pada Jumaat. Allahyarham meninggal dunia pada 9.40 malam Khamis akibat kanser prostat.

  • Jenazah Nik Aziz 3

    Suasana di kawasan kediaman Allahyarham Nik Aziz di Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan yang dipenuhi orang ramai untuk menyaksikan jenazahnya.

  • Jenazah Nik Aziz 4

    Jenazah Nik Aziz dibawa ke Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan untuk disembahyangkan. Allahyarham meninggal dunia pada pukul 9.40 malam Khamis akibat kanser prostat.

  • Jenazah Nik Aziz 5

    Beginilah suasana ribuan manusia yang sama-sama datang menziarahi jenazah Allahyarham Datuk Nik Aziz di Pualau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.

  • Jenazah Nik Aziz 6

    Orang ramai tidak melepaskan peluang memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

  • Jenazah Nik Aziz 7

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut meluangkan masa bersama ribuan rakyat menziarahi jenazah Allahyarham Nik Aziz di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.

  • Jenazah Nik Aziz 8

    Jenazah Allahyarham Nik Aziz selamat dikebumikan pada Jumaat di di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan bersebelahan bersebelahan kubur bapanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun lepas.

  • Nik Aziz Dalam Kenangan

    Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menziarahi Mursyidul Am PAS ketika dimasukkan ke Hospital USM Kubang Kerian.

  • Nik Aziz Dalam Kenangan

  • Nik Aziz Dalam Kenangan

    Perjuangan politik berbeza tidak menghalang kemesraan antara Nik Abdul Aziz dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

  • Nik Aziz Dalam Kenangan

    Muktamar PAS antara acara yang akan dihadiri Mursyidul Am parti itu ketika hayatnya.

  • Nik Aziz Dalam Kenangan

    Ceramah Mursyidul Am PAS sentiasa dinantikan ramai tanpa mengira waktu.

  • Nik Aziz Dalam Kenangan

  • Nik Aziz Dalam Kenangan

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika bersama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika pemimpin PAS itu masih sihat.

  • Nik Aziz Dalam Kenangan

    Bekas Menteri Besar Kelantan menerima cenderahati berbentuk dinar emas sempena ulang tahun pentadbirannya yang ke 23.

x
(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Jenazah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka kira-kira pukul 10.55 pagi Jumaat.

Turut berada di tanah perkuburan itu ialah isterinya, Tuan Sabariah Tuan Ishak serta 10 anak Allahyarham.

Jenazah dikebumikan sekitar 10.55 pagi bersebelahan kubur bapanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun lepas.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin tertinggi PAS lain menyertai ribuan rakyat hadir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Terdahulu, solat jenazah dilangsungkan di Masjid Pulau Melaka di sini pada 10 pagi, diimamkan Abdul Hadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di masjid itu bagi memberi penghormatan terakhir serta menyertai solat jenazah.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah adalah antara orang kenamaan yang memberi penghormatan terakhir.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut hadir.

Jenazah Nik Abdul Aziz diusung oleh anak-anaknya ke tanah perkuburan berkenaan.

Allahyarham Nik Abdul Aziz meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka di sini pada 9.40 malam tadi.

Allahyarham Nik Abdul Aziz yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, pada  8.40 malam.

Allahyarham dirawat di hospital berkenaan sejak 19 Januari lepas kerana kanser prostat dan keadaan kesihatannya kian merosot sejak Disember tahun lepas.

Ribuan orang ramai hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu sejak berita kematiannya diketahui pada Khamis malam.



Tags / Kata Kunci: Nik Abdul Aziz , PAS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan