Harga Lebih Rendah Tanpa Orang Tengah - Ismail Sabri

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 4:12 PM

Ismail Sabri (kiri) dan Syed Abu Hussin Hafiz meninjau barangan yang ditawarkan di Pasar Raya Syed, Sungai Buloh, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BULOH: Penggunaan orang tengah untuk mendapatkan bekalan barangan berasaskan pertanian perlu dihentikan kerana ia dapat  menurunkan harga antara lima hingga 20 peratus di pasaran.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain peniaga, saranan ini juga dapat membantu petani, penternak dan nelayan menambah pendapatan, malahan turut memberi manfaat kepada pengguna.

Menurutnya, walaupun harga minyak diturunkan beberapa kali tetapi harga barangan masih tetap tidak diturunkan, antaranya disebabkan dimanipulasi oleh orang tengah.

"Usaha ini sememangnya bukan mudah kerana peniaga sudah lama bergantung kepada orang tengah tetapi kementerian secara perlahan-lahan akan mengubah budaya itu.

"Di pihak kementerian, kita akan menyediakan alternatif untuk  membantu pengeluar dan peniaga bagi rantaian produk berasaskan pertanian untuk bekalan secara terus tanpa menggunakan orang tengah," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Jihad Membasmi Orang Tengah dan Penurunan Harga Barang di Pasar Raya Syed di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Pasar Raya Syed, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ketua Ummo Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail.

Ismail Sabri berkata, khidmat orang tengah masih diperlukan apabila segelintir mereka tidak mempunyai kemudahan pengangkutan.

Namun katanya, biarlah peranan orang tengah itu dilakukan oleh pihak yang membantu dan bukannya memanipulasikan pihak lain.

"Justeru, kita menyediakan alternatif di mana Fama (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) atau Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan mengambil alih peranan orang tengah di daerah-daerah.

"Alternatif kita juga membantu menyediakan pasaran untuk mereka. Selepas ini, kita akan arahkan Fama, Jabatan Pertanian dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan membuat pemadanan antara pengeluar dan peniaga," tambah Ismail Sabri.

Beliau menambah, pemadanan itu bertujuan untuk memastikan bekalan barangan sentiasa berterusan di pasaran selepas menghentikan penggunaan orang tengah.

Tags / Kata Kunci: Ismail Sabri Yaakob , orang tengah , Fama , LKIM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan