Dakwaan PDRM Guna Twitter Untuk Sekat 'Suara Sumbang' Tidak Berasas - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 8:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyangkal dakwaan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan Twitter untuk membanteras kumpulan yang terlibat dalam perkara berhubung hasutan dan provokasi.

Menurutnya, ia adalah dakwaan tidak berasas untuk menuduh pasukan keselamatan itu menggunakan medium itu sebagai lanjutan daripada senjata atau undang-undang lapuk dan zalim.

Beliau berkata demikan dalam kenyataan pada Jumaat bagi merujuk kepada beberapa kritikan yang ditujukan terhadap beliau mengenai pengendalian siasatan polis dalam perkara berkaitan dengan kiriman berbaur hasutan dan menimbulkan rasa takut menerusi Twitter.

Khalid berkata adalah mengejutkan bahawa pengkritik perlu menegur cara PDRM memaklumkan kepada orang ramai mengenai tindakan polis melalui Twitter, berkaitan dengan perkara yang menimbulkan kebimbangan awam.

"Ia tidak salah di sisi undang-undang. Bagaimanapun ia salah apabila beberapa pihak menggunakan platform itu untuk mempengaruhi atau menghasut pihak ketiga sehingga boleh menjejaskan kepentingan dan keselamatan negara,' katanya.

Oleh itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya mengambil langkah pengawalan dan waspada bagi mengelak tercetusnya sentimen perkauman dan keagamaan yang mungkin meranapkan negara berbilang kaum ini.

"Adalah benar bahawa komen hasutan dan menakutkan boleh menjejaskan keharmonian sosial dan mencetuskan kekacauan dalam kalangan rakyat," katanya.

Beliau juga mengingatkan bahawa walaupun kebebasan bersuara adalah hak politik untuk menyuarakan pendapat seseorang tetapi ia ada batasan universal yang dipatuhi oleh kerajaan di seluruh dunia termasuk ucapan berbaur kebencian dan fitnah.

Oleh itu PDRM akan terus melakukan apa yang betul dan terbaik untuk kepentingan negara tanpa rasa takut atau pilih kasih, katanya. 

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan