Wartawan Dipelawa Pohon Biasiswa Kewartawanan PBB

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 5:06 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Wartawan profesional dari negara membangun dipelawa memohon program biasiswa 'Dag Hammarskjld Fund for Journalists' bagi 2015.

Tarikh akhir permohonan ialah 16 Mac 2015, menurut kenyataan akhbar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Khamis.

Menurut kenyataan itu biasiswa berkenaan adalah bagi wartawan radio, televisyen, cetak dan web dari negara membangun, berumur 25 hingga 35 tahun yang berminat datang ke New York untuk melaporkan tentang hal ehwal antarabangsa semasa berlangsung sesi ke-70 Perhimpunan Agung PBB.

Program biasiswa itu akan bermula pada awal September dan dilanjutkan sehingga hujung November, meliputi kos penerbangan dan penginapan di New York, selain elaun harian.

Program biasiswa itu dibuka kepada wartawan yang merupakan penduduk asal negara membangun di Afrika, Asia, dan Amerika Latin/Caribbean dan kini bertugas dengan organisasi media.

Pemohon mesti menunjukkan minat dan komitmen dalam hal ehwal antarabangsa serta menyampaikan pemahaman yang lebih baik tentang PBB kepada pembaca dan penonton mereka.

Mereka juga mesti mendapatkan kelulusan daripada organisasi media masing-masing untuk berada di New York selama tiga bulan untuk melaporkan dari PBB.

Dalam usaha menggilirkan negara penerima, Dana itu tidak akan mempertimbangkan permohonan wartawan bagi sesi 2015 dari negara yang terpilih pada 2014: Nigeria, Tunisia, Filipina dan Vietnam.

Wartawan dari empat negara ini boleh memohon pada 2016.

Empat wartawan dipilih setiap tahun selepan semua permohonan diteliti.

Kriteria penuh kelayakan biasiswa dan dokumen yang diperlukan selain borang permohonan biasiswa boleh diperoleh daripada laman web Dana berkenaan di www.unjournalismfellowship.org.

Sebarang soalan berkaitan program, kelayakan dan proses permohonan boleh dikemukakan menerusi email kepada fellowship2015@unjournalismfellowship.org.

Tags / Kata Kunci: wartawan , PBB , biasiswa

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan