MH17: Rintihan Isteri Wan Amran Hanya Di FB

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 10:12 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiada saluran rasmi untuk menyampaikan pandangan, rungutan dan masalah waris mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 menyebabkan isteri juruterbang Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin terpaksa berkongsi luahan perasaannya di laman sosial Facebook.

Turut dikongsikan di FB milik Mariyam Yusoff adalah pautan berita mStar Online Isnin lalu yang bertajuk "MH17 Ditembak: Waris Anak Kapal Ada Hak Tuntut Keadilan – Peguam".

Laporan itu memetik peguam antarabangsa yang percaya hak waris untuk menuntut keadilan terhadap anak kapal pesawat malang yang ditembak jatuh di timur Ukraine 17 Julai tahun lalu tidak akan diketepikan.

Menurut posting yang dimuat naik oleh ibu kepada dua anak ini pada Isnin lalu: “Assalammualaikum semua... apa pandangan sahabat-sahabat berkenaan kes ini... saya nak pandangan yang ikhlas... terima kasih.”

Lebih menghibakan, sehari sebelum itu Mariyam memuat naik video yang menghimpunkan gambar suaminya dengan posting “Almost 7 months MH17 was shot down... i’m quite dissapointed, 7 months of pain. (Hampir tujuh bulan MH17 ditembak jatuh. Saya begitu kecewa, tujuh bulan menanggung derita).”

Menerusi video berdurasi tiga minit dan 35 saat dengan berlatarkan lagu ‘Salam Terakhir’ nyanyian Allahyarham Datuk Surdirman Arshad itu sudah cukup membuatkan sesiapa yang menontonnya dapat mendengar rintihan hati Mariyam bersama anak-anak, Wan Yunus Uzair, 12, dan Wan Yusuf Irfan, 10, dalam menjalani kehidupan tanpa kehadiran seorang suami dan bapa.

Turut dikongsikan di Facebook milik Mariyam Yusoff adalah pautan berita mStar Online Isnin lalu yang bertajuk "MH17 ditembak: Waris Anak Kapal Ada Hak Tuntut Keadilan - Peguam". 

Rata-rata pandangan yang diberikan mereka menyatakan sokongan terhadap Mariyam dan kesemua waris anak kapal dan penumpang MH17 untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut keadilan di atas insiden yang mengorbankan 298 nyawa itu.

Pemilik akaun FB Nor Shahida Haji Abdullah berkata: “Wajib diakhiri dengan keadilan yang sebenar-benarnya. Ibarat cubit peha kanan, peha kiri turut terasa. Fight for it (berjuang untuk itu).”

Menurut pemilik akaun Mazlin Mat pula berkata, kebenaran seharusnya diperjuangkan memandangkan nahas MH17 bukan berpunca daripada tindakan anak kapal.

“Kita kena perjuangkan kebenaran. Kena buktikan bukan pilot (juruterbang) yang salah kerana lalu di kawasan perang. Semua pihak mesti bertanggungjawab di atas kejadian ini termasuk MAS kerana membenarkan laluan itu.

“Mana boleh hanya berdiam diri. Ini maruah dan hak kita. Senanglah orang yang bercakap tak perlu lawan pasal tak kena pada diri sendiri. Sekiranya pilot tahu yang mereka akan ditembak, pasti mereka tak akan terbangkan MH17 pada hari itu. Mereka juga menjadi mangsa dan patut mendapat pembelaan yang sewajarnya.”

Walaupun bukan di kalangan keluarga mangsa MH17 namun pemilik akaun Norazlan Abdul Aziz Full turut menyuarakan sokongan mengenai keadilan.

“Wajib ada pembelaan. Saya yang bukan keluarga pun ternanti apa, kenapa, siapa... apatah lagi saudara, anak isteri,” katanya.

“Perlukan pembelaan... keadilan perlu dituntut, terutama anak-anak yang telah hilang tempat bergantung dan yang bersalah perlu dibawa ke muka pengadilan,” kata pemilik akaun, Nie Ya.

Natasha Farah Heart menerusi akaunnya pula berkata: “Mangsa teraniaya, wajib menuntut keadilan. Siapa punya angkara perlu dibawa ke muka pengadilan. Kuatkan semangat puan.”

mariyam
Kenangan... Allahyarham Kapten Wan Amran (kanan) bersama isteri, Mariyam (kiri) bersama anak-anak, Wan Yunus Uzair (hadapan, kiri) dan Wan Yusuf Irfan.

Dalam pada itu, Mariyam berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan pandangan yang membina dan akan berjuang demi keadilan.

Malah beliau turut berkesempatan membalas antara komen yang diberikan: “Mazlin Mat... agree with you (bersetuju dengan anda)... memanglah tak kena pada diri sendiri, sebab itu (mereka) cakap sabarlah, tak perlu perjuangkanlah. Kami dah 7 months of pain (menanggung derita selama tujuh bulan),” kata Mariyam yang merujuk kepada keperitan dan kesukaran yang dilalui sejak kehilangan suami tersayang.

mStar Online dalam laporan eksklusifnya sebelum ini mendedahkan  bahawa satu pertemuan tertutup diadakan di Kuala Lumpur, membabitkan 13 waris mewakili 10 anak kapal MH17 bagi mendengar taklimat oleh seorang peguam terkemuka dari sebuah syarikat pengurusan tuntutan yang berpangkalan di Australia.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan