PPO SPRM Syor Kerajaan Gubal Peruntukan Salah Laku Penjawat Awam

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 6:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu peruntukan berkaitan salah laku penjawat awam perlu digubal segera bagi membolehkan usaha pencegahan rasuah dapat dilaksanakan secara holistik dan menyeluruh.

Cadangan itu disuarakan oleh Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melihat perkembangan terkini di Malaysia menyebabkan peruntukan itu penting dalam pencegahan rasuah.

Pengerusi PPO, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, undang-undang berkaitan salah laku dalam kalangan penjawat awam perlu digubal bagi membolehkan masalah seperti ketirisan dan pembaziran dalam pengendalian kewangan agensi kerajaan seperti yang sering kali ditegaskan dalam Laporan Ketua Audit Negara, diambil tindakan.

"PPO dapati sebahagian besar kes yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara adalah mengenai pembelian barang dengan harga mahal yang menimbulkan persepsi berlaku rasuah serta penyelewengan," katanya pada sidang media di Akademi SPRM di Jalan Duta, di sini, Khamis.

Beliau menambah peruntukan sedemikian sangat penting bagi mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang tidak amanah serta sambil lewa dalam menjalankan tugas.

"Kebanyakan situasi tidak dapat dikenakan tuduhan di bawah undang-undang rasuah dan penyelewengan secara langsung," kata Hadenan.

Sehubungan itu, PPO mengesyorkan kepada kerajaan supaya bertindak tegas dan tidak berkompormi dalam isu ketirisan itu serta mencadangkan untuk memasukkan kesalahan itu dalam Akta SPRM 2009, katanya.

PPO diwujudkan secara pentadbiran dan anggotanya terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dan mewakili badan-badan profesional, bersesuaian serta individu yang berupaya memperlihatkan ketelusan dan kebebasan tindakan oleh SPRM.

PPO adalah mekanisme "memantau dan menegur" berhubung kes penyiasatan yang dijalankan dan juga boleh mencadangkan kes dikaji semula sekiranya tidak berpuas hati dengan penjelasan yang dikemukakan.

Hadenan turut menyentuh tentang kes-kes yang telah ditutup dan menurutnya bagi membolehkan kes itu dibuka semula, perlu ada tiga elemen penting untuk  mensabitkan kesalahannya.

"Pertamanya, bukti mesti kukuh, mesti ada saksi yang boleh dipercayai dan hakim bagi mendengar kes," katanya.

Ketika ditanya mengenai prestasi PPO dalam tempoh enam tahun lepas yang diterajuinya, beliau berkata pihaknya telah mencapai banyak kemajuan.

"Pertamanya peningkatan imej SPRM ... orang ramai menganggap SPRM sebagai  institusi yang mereka boleh bergantung, hasil daripada transformasi dalam pengumpulan maklumat. Kini kami menumpukan pada laporan dan juga lebih banyak staf untuk meliputi seluruh negara," katanya.

Ketika ditanya mengenai tentang keberkesanan SPRM sebagai agensi yang bebas dan boleh mendapat kepercayaan orang ramai untuk menjadi lebih baik, Hadenan berkata: "Bebas adalah satu perkara ... bagi saya organisasi yang efektif memerlukan komitmen semua".

"Kes rasuah sebenarnya bukan membabitkan usaha oleh SPRM sahaja, tetapi juga komitmen rakyat ... mencegah rasuah tidak harus diletakkan di bahu SPRM sahaja, setiap orang perlu memainkan peranan mereka termasuk NGO, rakyat dan ahli politik," katanya.

Tags / Kata Kunci: PPO SPRM , Hadenan Abdul Jalil

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan