Nik Aziz Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 10:21 PM

Suasana di rumah Allahyarham Nik Abdul Aziz sebaik sahaja berita kematiannya disahkan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhirnya sebaik dibawa pulang ke kediamannya di Pulau Melaka, Kelantan kira-kira pukul 9.40 malam pada Khamis.

Perkara itu disahkan anaknya, Nik Mohamad Abduh menerusi laman Facebooknya.

"Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi roh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 9.40 pada malam Jumaat yang agung," katanya.
Ambulans membawa Nik Abdul Aziz tiba di perkarangan rumahnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka itu dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian di sini, kira-kira 8.40 malam.

Solat jenazah akan diadakan pada pukul 10 pagi, Jumaat di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

Beberapa jam lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu memaklumkan tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan ulser pada Rabu.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu sepatutnya dibenarkan pulang ke kediamannya pada Jumaat, bagaimanapun mendapat kebenaran doktor untuk pulang lebih awal.

Pemimpin PAS dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian pada 19 Januari lalu apabila kesihatannya merosot selepas kejadian banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Nik Abdul Aziz, 84, merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan dari 1990 hingga 2013.









iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan