Isteri Pramugara Terima Hakikat Kemalangan MH370

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 11:54 AM

Intan Maizura Othman.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara pesawat MH370 Mohd Hazrin Mohamed Hasnan mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil di Masjid Alam Impian di sini malam Rabu. 

Beliau berkata majlis yang dihadiri kira-kira 100 orang termasuk anggota keluarga, sahabat dan penduduk setempat itu bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan suaminya yang terkorban dalam tragedi pesawat malang itu.

"Sebelum ini, sudah lama saya mendengar berita dari banyak sumber termasuk MAS sendiri yang mengatakan kesemua penumpang dan krew MH370 sudah tiada.

"Jadi, bila mereka sudah umumkan secara rasmi mengenai nasib kesemua yang terlibat, barulah saya adakan majlis ini bagi mendoakan kesejahteraan suami saya," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Intan Maizura berkata semua waris serta keluarga penumpang dan anak kapal MH370 kini perlu reda dan menerima hakikat kemalangan itu bagi meneruskan kehidupan mereka.

Kerajaan pada Khamis lepas mengumumkan MH370 secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang termasuk dua bayi itu hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac lepas.

Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan