MH370: Waris China Ugut Adakan Demonstrasi di Luar Ibu Pejabat MAS

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 11:01 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Waris keluarga mangsa penumpang pesawat malang, MH370 dari China mengugut untuk mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat Penerbangan Malaysia (MAS) berhubung tindakan kerajaan mengisytiharkan kehilangan pesawat itu sebagai kemalangan.

Weng Wang Chen, 63, ibu kepada salah seorang penumpang yang berada dalam pesawat malang itu berkata, kumpulan berkenaan bersedia untuk menghabiskan 'lebih banyak masa' di Malaysia walaupun terpaksa menyambut Tahun Baru Cina di sini sehingga MAS atau kerajaan Malaysia memberikan penjelasan lanjut mengenai apa sebenarnya yang berlaku terhadap pesawat MH370.

"Kami masih tertanya-tanya dan tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Pihak ahli keluarga mahu bercakap dengan mereka dan menggesa pihak berkuasa melakukan penyiasatan semula mengenai punca kehilangan pesawat itu," katanya kepada pemberita sebaik sahaja tiba di balai ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Rabu.

Mengulas lanjut Weng berkata, lebih ramai waris keluarga mangsa akan turut menyertai kumpulan tersebut.

Dia mendakwa kerajaan China tidak telus dalam membantu dan kurang memberikan sokongan kepada waris keluarga mangsa yang terlibat.

Kumpulan tersebut dilihat memakai kemeja-T dengan mesej tertera 'Tolong doakan MH370' serta membawa sepanduk 'Tuntut kebenaran MH370. Hari ini, hari kami. Esok mungkin nasib anda pula.'

Pada 29 Januari lepas, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dilaporkan mengumumkan pesawat MAS MH370 secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu dianggap terkorban.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lepas.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli keluarga mangsa, Kelly Wen berkata, cadangan untuk mengadakan demonstrasi itu dikemukakan oleh salah seorang daripada ahli keluarga waris yang terlibat. 

"Salah seorang daripada mereka sangat risau dan mahu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dan diharap dengan kedatangan kami di sini, mereka (kerajaan Malaysia) dapat memberitahu apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil," kata Kelly wen. 

Dia menambah, mereka juga ingin tahu asas pengisytiharan kehilangan pesawat itu dibuat dan perkembangan terkini mengenai siasatan. 

"Kami berhak untuk mengetahui apa yang berlaku ketika siasatan dijalankan," katanya.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , China

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan