Ismail Sabri - Tiong Lai Setuju Henti Serta-Merta Polemik Boikot Peniaga

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 4:37 PM

Tiong Lai (kanan) dan Ismail Sabri.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mencapai kesepakatan berhubung polemik 'boikot peniaga' yang tercetus pada 1 Februari lalu.

Ismail Sabri yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, perbincangan telah diadakan dengan Presiden MCA itu dan kedua-dua mereka bersetuju supaya isu ini dihentikan serta-merta.

"Hari ini saya telah membincangkan perkara ini semula dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tong Lai sejajar dengan semangat muafakat Barisan Nasional (BN).

"Kabinet juga telah bersetuju bahawa isu ini perlu dihentikan serta-merta kerana BN akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum. Kami bersetuju semua pihak perlu bergerak ke hadapan dan sama-sama memberi fokus kepada usaha untuk menurunkan harga barang," katanya menerusi satu kenyataan media bersama, Khamis.

Menurut kenyataan media tersebut, kuasa beli dari kumpulan majoriti mampu mengubah dan mempengaruhi peniaga untuk menurunkan harga barangan, justeru manfaatnya akan dirasai oleh semua kaum termasuk Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan-Dusun dan lain-lain.

"Kami dengan ini, bersama-sama menyeru agar semua pengguna tanpa mengira kaum di negara ini bersatu untuk menggunakan kuasa dan hak pengguna bagi mendorong peniaga-peniaga menurunkan harga barang-barang sejajar dengan penurunan harga minyak," katanya.

Menerusi kenyataan media yang sama, Ismail Sabri turut menyatakan kekesalannya apabila komennya di laman Facebook yang dibuat secara tertutup telah 'diviralkan' dan disalah-tafsir.

Katanya, ia tidak ditujukan kepada kaum tertentu sahaja tetapi kepada peniaga dan pemborong yang masih degil menurunkan harga barangan walaupun hakikatnya harga minyak telah mengalami penurunan harga sebanyak tiga kali.

"Saya rasa kesal kenyataan itu telah menimbulkan sentimen perkauman.

"Saya tidak pernah berniat untuk mewujudkan ketegangan dan polarisasi kaum kerana niat saya ketika membuat komen itu adalah jelas ditujukan kepada peniaga-peniaga yang masih degil menurunkan harga barang-barang tanpa mengira kaum," jelasnya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan