Ismail Sabri Akan Bertemu Presiden MCA Sebelum Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 8:25 AM

Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan pertemuan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi menjelaskan kenyataannya berhubung peniaga yang enggan menurunkan harga barang.

Ismail Sabri berkata pertemuan itu dijangka diadakan sebelum Tahun Baru Cina bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat kenyataan pada Jumaat lepas tentang perlunya peniaga tanpa mengira kaum menurunkan harga barang seiring dengan pengurangan kos berikutan penurunan harga minyak, isu itu masih dilihat belum selesai.

Ismail Sabri berkata, MCA perlu berhenti mempolemikkan isu itu kerana ia tidak mendatangkan keuntungan kepada Barisan Nasional (BN).

"Kalau MCA attack (serang) saya, orang UMNO akan terasa, kerana saya merupakan pemimpin UMNO," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Gen Y (Generasi Y) yang julung kali dianjurkan Yayasan Pertanian Belia Malaysia (YPBM) dengan kerjasama Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia, termasuk Kelab Umno Luar Negara di sini malam Khamis.

Generasi Y ialah pelajar institusi pegajian tinggi dalam dan luar negara.

Kira-kira 100 orang pelajar hadir di program santai 'You Tanya, I Jawab' itu, yang membuka peluang kepada para belia untuk mendekati Ismail Sabri secara terus untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu-isu semasa.

Tags / Kata Kunci: Ismai Sabri , Liow Tiong Lai , MCA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan