Pembangunan Saksama Mampu Rapatkan Jurang Ekonomi Negara Asean - Najib

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 4:29 PM

Najib ketika ditemubual Surin pada Sidang Kemuncak Asean CAP10 CEO, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan yang lebih saksama perlu diberi penekanan dalam usaha untuk merapatkan jurang ekonomi antara negara-negara anggota Asean.

Beliau berkata, usaha itu akan menjadi lebih berkesan dengan kesanggupan sektor swasta, terutamanya peserta industri perniagaan dan institusi kewangan untuk melabur dalam pembangunan infrastruktur di negara-negara berkenaan.

"Infrastruktur merupakan perkara penting, kita perlu menjana lebih banyak modal untuknya. Kita telah mendapat beberapa petunjuk dari sumber-sumber yang berbeza yang menyatakan minat mereka dalam membiayai pembangunan infrastruktur.

"Saya ingin melihatnya (pelaburan) ke beberapa negara yang kurang pembiayaan dari segi infrastruktur," kata beliau pada sesi soal jawab pada Sidang Kemuncak Asean CAP10 CEO di sini, Khamis.

Perdana Menteri, yang ditemuramah oleh bekas Setiausaha Agung Asean, Surin Pitsuwan berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai bagaimana 'mereka yang mempunyai wang' boleh membantu merapatkan jurang pembangunan di negara-negara Asean, bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif dan seterusnya membentuk masyarakat Asean yang bersatu.

Mengulas lanjut, Najib berkata, selain infrastruktur, pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan modal insan juga penting dalam menangani isu berkenaan.

"Kita perlu melihat bagaimana kita boleh menyokong pembangunan modal insan, yang pada saya, adalah kunci kepada masa depan Asean," kata beliau.

Malaysia, yang kini memegang jawatan Pengerusi Asean selepas mengambil alih daripada Myanmar, akan mengadakan Sidang Kemuncak Asean ke-26 selama dua hari di  Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 April ini.

Sambil mengakui berasa sedikit tekanan untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Asean berikutan harapan yang tinggi daripada banyak pihak, Najib bagaimanapun menerimanya secara positif.

"Tekanan (suatu yang) baik kerana ia akan mendorong kita untuk lebih berazam dalam memenuhi cabaran," kata beliau, sambil menambah aspirasi beliau dalam memastikan semangat Asean dirasai oleh akar umbi.

Semasa ditanya Surin mengenai apa yang boleh dijangkakan daripada perdana menteri sebagai pengerusi perkumpulan itu, Najib berkata: "Saya mahu bukan sahaja pada akhir tahun, bagi pihak Asean, untuk mengumumkan kita sebagai sebuah komuniti ekonomi, tetapi apabila pengumuman itu dibuat, saya ingin ia menjadi pengumuman yang sangat substantif ".

Surin berkata, tiga bekas Perdana Menteri Malaysia telah memberi sumbangan  penting kepada sejarah Asean, termasuk bapa Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang merupakan antara pengasas Asean, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk Asean+3, manakala Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS).

Semasa sesi itu, Najib turut menyampaikan mesej kepada generasi baharu bahawa Komuniti Asean yang direalisasikan merupakan manfaat penting untuk  mereka.

"Perkara utama dalam komuniti ekonomi ini ialah memberikan Asean potensi sepenuhnya dan apabila direalisasikan, ia akan memberi manfaat," kata beliau.

Tags / Kata Kunci: Asean , Surin Pitsuwan , Najib Razak

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan