Najib: Peningkatan Integrasi Asean Saksikan Kemunculan Kuasa Ekonomi Baharu

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 11:36 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, integrasi selanjutnya dalam Asean akan membawa kepada dunia  menyaksikan kemunculan kuasa ekonomi baharu di Asia Tenggara.

"Saya kata baharu, kerana walaupun ekonomi kita telah menjadi hab perdagangan dan komersial sejak berabad-abad, kita hari ini mewujudkan kesatuan ekonomi yang tidak seperti zaman dahulu," kata beliau.

Dalam merealisasikannya, Perdana Menteri berkata keutamaan Asean perlu untuk memastikan bahawa integrasi membawa kepada pengagihan dan pewujudan kekayaan yang saksama serta meningkatkan integrasi kewangan dan penyertaan.

"Kita perlu memastikan semua sektor ekonomi kita terlibat sepenuhnya dalam Komuniti Asean," kata beliau dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Asean CAP10 CEO di sini, Khamis.

Najib berkata, Asean yang bersepadu dari segi ekonomi memberi manfaat kepada semua negara anggotanya dengan pergerakan barangan, perkhidmatan, tenaga kerja mahir dan modal yang lebih bebas.

Najib berkata Asean dijangka mempunyai 125 juta isi rumah dengan pendapatan melebihi AS$7,500 (RM26,826) dalam tempoh 10 tahun akan datang dan akan menjadi tujuh ekonomi terbesar di dunia, dengan gabungan keluaran dalam negara kasar  mencecah AS$4 trilion (RM14.3 trilion) menjelang 2020 jika ia sebuah negara.

Penubuhan Asean sebagai pasaran tunggal dan pangkalan pengeluaran juga akan membuka potensi ke tahap yang sama dengan ekonomi terbesar dunia, kata beliau.

"Menyeragamkan perdagangan dan kastam, proses dan prosedur akan mengurangkan kos urus niaga, menjadikan Asean lebih menarik sebagai lokasi pelaburan dan meningkatkan daya saing eksport.

"Liberalisasi sektor perkhidmatan kewangan di samping memastikan pelaburan dan kemampanan yang bertanggungjawab akan meningkatkan lagi keyakinan pelabur, kestabilan dan pertumbuhan," kata Perdana Menteri.

Najib berkata, Malaysia, sebagai Pengerusi Asean tahun ini, akan terus bekerjasama rapat dengan negara anggota lain untuk memastikan Asean dapat melaksanakan inisiatif utamanya.

Malaysia akan mengesyorkan pada Sidang Kemuncak Asean ke-26 pada April ini supaya sekretariat Asean yang dipertingkatkan digerakkan untuk memastikan negara-negara Asean bekerjasama untuk menjalankan dan melaksanakan agenda pasca 2015.

"Malaysia akan memainkan peranan penting dalam membina Asia Tenggara yang lebih kuat, lebih makmur, lebih terbuka," kata Najib.

Tags / Kata Kunci: Asean , Najib Razak , Asia Tenggara

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan