PM Terima Sumbangan RM10 Juta

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 4:36 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sumbangan RM 100 ribu daripada CHENGALJATI Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Datuk Ir Shaari Hassan untuk Tabung Ihsan Pemulihan Masjid Banjir Kelantan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menerima sumbangan RM10 juta daripada beberapa badan dan syarikat untuk Tabung Ihsan Pemulihan Masjid Banjir Kelantan bagi membaik pulih masjid dan surau yang rosak akibat banjir baru-baru ini di Kelantan.

Majlis berlangsung di Bangunan Perdana Putra di sini dan turut dihadiri beberapa menteri kabinet termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sumbangan disampaikan wakil badan dan syarikat antaranya Bank Islam Malaysia Bhd; Bank Rakyat; Felcra Bhd dan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Kalangan Penganut Agama.

Sementara itu, pengerusi tabung berkenaan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tabung tersebut diwujudkan sejak 20 Jan lalu hasil inisiatif Biro Agama Umno Kelantan serta dipantau sebuah Jawatankuasa Pemegang Amanah untuk memastikan ketelusan pengagihan bantuan.

Beliau berkata banjir di Kelantan baru-baru ini yang dianggap terburuk dalam sejarah negara telah mengakibatkan 83 masjid dan 242 surau di negeri itu mengalami kerosakan teruk dan dianggarkan RM20 juta diperlukan untuk baik pulih termasuk membeli kelengkapan.

"Prinsip pengagihan tabung ini adalah bila dapat sumbangan terus bagi (kepada masjid dan surau) dan bukannya kumpul," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan itu.

Tags / Kata Kunci: Banjir , Perdana Menteri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan