Anak Kedua Anwar Bertanding Di Permatang Pauh?

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 2:57 PM

Nurul Nuha

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak merancang untuk menamakan Nurul Nuha Anwar sebagai calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar.

Izzah yang juga anak sulung Anwar memberitahu, setakat ini Nurul Nuha yang merupakan anak kedua daripada enam beradik akan memberikan tumpuan terhadap kempen 'March To Freedom', yang diasaskan untuk menuntut pembebasan bapa mereka dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang hak kemanusiaan dalam sistem undang-undang.

Anwar dipenjarakan selama lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tidak ada cadangan daripada pihak kami untuk umum pencalonan mana-mana pihak untuk bertanding (pilihan raya).

"Pada hari ini tumpuan khusus diberikan terhadap perjuangan menuntut kebebasan Datuk Seri Anwar menerusi kempen March Of Freedom," katanya pada sidang media kempen tersebut di kediaman keluarga Anwar di Segambut pada Rabu.

Nurul Izzah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pihak media sama ada kempen yang diasas dan digerakkan oleh Nurul Nuha itu merupakan satu usaha untuk membawa adiknya kepada masyarakat umum sebelum beliau melibatkan diri dalam politik.

"Berdasarkan rekod, bertanding di negara ini bukan mewakili parti pemerintah agak sukar dan mencabar.

"Setakat ini saya dan ibu, Datuk Seri Dr Wan Azizah telah terlibat dalam politik dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk bertahan...kami 'dipisahkan' daripada bapa kami.

"Biarlah saya dan ibu meneruskan perjuangan (politik)," katanya.

Pada Rabu, anak kedua pasangan Anwar- Dr Wan Azizah itu mengumumkan kempen March To Freedom sebagai perjuangan menuntut kebebasan ketua pembangkang itu.

Beliau bertindak selaku pengasas dan bertanggungjawab menggerakkan kempen tersebut.

Pengenalan kempen itu bagaimanapun mewujudkan khabar angin bahawa ibu kepada seorang anak itu akan menggantikan bapanya dengan bertanding di kerusi Permatang Pauh yang kosong setelah Anwar terlucut jawatan ahli Parlimen kerana dipenjarakan selama lima tahun.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , PKR

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan