Keluarga Lancar Kempen 'March To Freedom' Untuk Anwar

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 12:34 PM

Nurul Nuha kiri bersama kakaknya, Nurul Izzah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu melancarkan kempen 'March To Freedom' sebagai usaha menyambung perjuangan ketua pembangkang itu yang dipenjarakan kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kempen itu dilancarkan oleh anak kedua Anwar iaitu Nurul Nuha, 30, bagi mewakili lima beradik yang lain di kediaman mereka di Segambut di sini.  

Nurul Nuha mendakwa, kempen tersebut merupakan perjuangan keluarganya selepas Anwar ditahan akibat ketidakadilan sistem kehakiman negara ini.

"March To Freedom adalah kesinambungan perjuangan. Satu perjuangan untuk membebaskan ayahanda kami dan memberi suara kepada rakyat Malaysia yang telah menghadapi kezaliman di negara kita.

"Kami menyeru semua untuk menyertai kami dalam usaha untuk mengakhiri ketidakadilan yang berlaku," dakwanya pada sidang media tersebut.

Hadir sama Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Pantai, Mohd Ihsan Anwar, Nurul Ilham Anwar, Nurul Iman Anwar dan Nurul Hana Anwar.

Nurul Nuha memberitahu, kempen tersebut masih berada di peringkat awal dan langkah seterusnya adalah penubuhan sekretariat yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau yang sebak ketika membacakan kenyataan akhbar pada sidang media itu berkata dalam tempoh 17 tahun seluruh ahli keluarganya menjalani kehidupan penuh emosi dan mengharapkan sokongan berterusan diberikan.

"Kami tak tahu berapa lama lagi perjuangan ini akan berterusan tetapi kami akan bersama bapa kami sehingga nyawa di hujung badan.

"Kami berharap gelombang sokongan juga akan terus berkembang dalam perjuangan menuntut Malaysia yang adil untuk seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Dalam sidang media yang sama, beliau turut memperkenalkan poskad yang direka khas oleh adik perempuannya Nurul Hana yang juga anak bongsu, untuk dihantar oleh penyokong kepada Anwar di penjara sebagai sebahagian daripada kempen.

Sementara itu, kakaknya Nurul Izzah berkata, kempen berbahasa Inggeris itu bersifat antarabangsa.

Katanya, kempen yang memberikan fokus kepada hak kemanusiaan itu juga menjadi sebahagian daripada agenda Pakatan Rakyat untuk pembebasan Anwar dan paling penting memberikan kesedaran tentang hak kemanusiaan dalam sistem undang-undang di mana kes Anwar dapat dijadikan sebagai contoh terdekat.

Jelasnya, dalam mesyuarat sekretariat Pakatan Rakyat pada malam Selasa, wakil DAP dan PAS juga telah menyatakan sokongan terhadap kempen ini.

"Objektif utama kita adalah untuk menjamin kebebasan. Datuk Mustafa Ali bersetuju Dr Hatta Ramli dilantik sebagai ketua kempen di peringkat antarabangsa," katanya.

Tags / Kata Kunci: March To Freedom , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan