Tamil Selvam Dilantik Ketua MIC Pahang

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 11:39 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel pada Rabu melantik pengerusi bahagian Raub K.Tamil Selvam sebagai ketua perhubungan MIC Pahang menggantikan Senator Datuk R. Goonasegaran. 

Goonasegaran yang dilantik ke jawatan itu pada 2013, telah diberitahu mengenai keputusan itu menerusi sepucuk surat pada Rabu.

Pada Isnin, Palanivel mengumumkan senarai ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) berikutan arahan Kementerian Dalam Negeri supaya parti itu mengadakan semula pemilihan parti.  

Katanya, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah mengarahkan anggota CWC yang dipilih pada 2009 membentuk sebuah jawatankuasa sementara dengan tujuan mengadakan pemilihan semula itu.   

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti berusia 68 tahun itu perlu mengadakan pemilihan semula bagi semua jawatan yang dipilih antara April dan Julai bagi mengelakkan pendaftarannya dibatalkan.  

Arahan itu dibuat oleh RoS bagi menentukan pertikaian berhubung pemilihan jawatankuasa parti itu dapat selesaikan.

Tags / Kata Kunci: MIC , Tamil Selvam

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan