Ahmad Syahir, Nurul Hidayah Johan Hafaz Al-Quran

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 1:03 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menghadiri majlis penyampaian hadiah bersempena pertandingan Menghafaz al-Quran peringkat negeri di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini pada Selasa malam.

Baginda yang berangkat ke majlis itu bersama-sama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang mengikut kategori pertandingan.

Ahmad Syahir Zafrullah dan Nurul Hidayah Baharudin masing-masing dinobatkan sebagai johan bagi kategori 1-30 juzuk dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM8,000 berserta pakej mengerjakan haji, piala, sijil dan hadiah iringan.

Sementara itu, bagi kategori juzuk 1 hingga 10, johan disandang oleh Muhammad Alif Irfan Khairulanuar manakala kategori yang sama untuk hafizah pula dirangkul Nurul Farahana Nasaruddin.

Johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 berserta plak, sijil dan hadiah iringan.

Kategori bagi juzuk 1 hingga 20, johan disandang Muhammad Mursyid Zulkifli dan Aliatul Athirah Abd Rahmad (hafizah) yang masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, piala, sijil dan hadiah iringan.

Majlis hafazan kali ini membabitkan penyertaan 158 pelajar dari seluruh negeri.

Sejumlah 22 pelajar terpilih ke peringkat akhir selepas melalui tiga peringkat penilaian.

Pada majlis itu, Perkim Cawangan Wanita Taman Permata Selangor Darul Ehsan menyerahkan Al-Quran Braille bagi membantu golongan cacat penglihatan mendalami al-Quran.

Tags / Kata Kunci: Al-Quran , Hafazan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan