Bomba Selamatkan Dua Beranak Daripada Maut

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 4:33 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu dan Tangga Batu menyelamatkan seorang ibu dan anak perempuannya yang terperangkap dalam asap tebal apabila sebuah rumah kedai di Tanjung Kling di sini terbakar awal pagi Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Penguasa Kanan Bomba Mohd Hafidzatullah Rashid berkata pihaknya mendapat panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5 pagi.

Katanya 13 anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian dapat menyelamatkan ibu berkenaan yang berumur 47 tahun dan anak perempuannya, 18 tahun yang menyewa di tingkat atas rumah kedai itu. Mereka dihantar ke Hospital Melaka dan dirawat sebagai pesakit luar akibat terhidu asap.

Mangsa, Rosidah Jaafar, seorang pembantu pengurusan murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Lereh berkata beliau tersedar apabila terhidu bau hangit dan sebaik melihat melalui pintu rumahnya, beliau mendapati pasar mini di bahagian bawah rumah kedai itu sedang terbakar.

"Saya dan anak saya tak dapat turun kerana asap tebal namun sempat menelefon bomba untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Beliau mula menyewa rumah yang berada di tingkat atas rumah kedai itu awal bulan lepas. Suaminya bekerja di Johor Baharu.

Dalam satu lagi kejadian, seorang pemilik bengkel kenderaan kerugian RM300,000 apabila premisnya di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga di sini musnah dalam kebakaran pukul 2 pagi.

Pemilik premis David Heng, 30, berkata beliau menerima panggilan jirannya mengenai kebakaran itu dan apabila tiba di bengkel itu, api telah marak bermula dari luar bengkel hingga ke dalam.

Dua buah lori satu tan, tiga buah motosikal dan sebuah kereta di dalam bengkel itu musnah dijilat api," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata bengkel tersebut mula beroperasi sejak 1999 dan diambil alih olehnya sejak tujuh tahun lepas.

Mohd Hafidzatullah berkata 20 anggota bersama tiga buah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.02 pagi dan dapat mengawal kebakaran kira-kira dua jam kemudian.

Tags / Kata Kunci: Bomba , Maut

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan