School Buzz Tawar Iklan Bergerak

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 8:00 AM

Chun Wai melihat iklan di salah sebuah badan bas sekolah. - foto ART CHEN/The Star

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelawak terkemuka dunia, Mr Bean dan pelakon aksi, Bruce Lee antara karakter yang akan menyambut pelajar apabila mereka menaiki bas sekolah, satu projek menjadikan kenderaan tersebut sebagai papan iklan bergerak.

Iklan mesra pelajar dijangka dipaparkan di atas kira-kira 15,000 bas sekolah seluruh negara menerusi School Buzz, sebuah projek pengiklanan yang baharu dibawah Kumpulan Media The Star.

Projek tersebut menawarkan ruang iklan pada bas sekolah di seluruh negara, membuka peluang kepada perniagaan dan pengendali bas sekolah.

Pengarah Urusan Kumpulan Star Publications (M) Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Seri Wong Chun Wai berkata, dengan rangkaian kira-kira 15,000 bas sekolah di seluruh negara, iklan tersebut akan sampai kepada hampir lima juta pelajar di seluruh negara.

Dan itu tidak termasuk orang ramai yang tinggal di kawasan kejiranan lokasi bas tersebut beroperasi.

"Buat pertama kalinya di Malaysia, bas sekolah akan digunakan sebagai platform pengiklanan bagi membolehkan syarikat mendekati pasaran khususnya pelajar sekolah, keluarga dan jiran mereka.

Pengendali bas sekolah akan mendapat manfaat menerusi projek School Buzz ini.
"Pemilik bas sekolah juga mendapat manfaat kerana ia akan menjana pendapatan tambahan selain tambang bas sekolah," katanya pada majlis perasmian projek tersebut pada Selasa.

School Buzz diwujudkan dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang akan mengawal selia visual untuk pengiklanan bagi memastikan ia mematuhi peraturan iklan yang dikeluarkan pihak berkuasa berkaitan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, suruhanjaya itu hanya akan membenarkan bas sekolah berusia dibawah 20 tahun untuk terlibat dengan projek tersebut.

"Adalah diharap dengan cara ini, lebih banyak pengendali bas sekolah akan bermotivasi untuk menukar kepada bas sekolah baharu supaya mereka boleh mendapat manfaat daripada projek tersebut," katanya.

Pusat pelancongan terkemuka i-City adalah pengiklan pertama untuk projek tersebut.

Antara iklan yang menghiasi badan bas sekolah.
Timbalan Pengerusi I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew berkata School Buzz adalah sejajar dengan wawasan korporat syarikat itu untuk menjadikan i-City sebagai pusat pendidikan berbentuk hiburan kepada pelajar sekolah.

"Kami berbangga menjadi sebahagian daripada projek khidmat masyarat ini kerana ia bertujuan untuk menyemai semangat di kalangan pengusaha bas sekolah yang terjejas akibat peningkatan kos operasi.

"Lagipun ini akan membolehkan bas sekolah yang dinaiki pelajar mengekalkan tambang yang berpatutan sekali gus mengurangkan perbelanjaan keluarga," katanya.

Projek tersebut dijalankan dengan kerjasama Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM).

Pengiklan boleh memilih beberapa siri pakej bermula dari ruang iklan kecil, sederhana dan besar dengan minimum 10 buah bas untuk sekurang-kurangnya selama tiga bulan.

Mereka yang ingin mendaftar sebelum 31 Mac akan menikmati pakej istimewa selama enam bulan dengan tambahan dua bulan secara percuma.

Sila hubungi 03-79668230 atau e-mel ke outdoor@thestar.com.my untuk maklumat lanjut.

Tags / Kata Kunci: School Buzz , bas sekolah , iklan bergerak

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan