‘Macai’ Tak Godam Telefon Bimbit - Rafizi

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 11:48 PM

Mohd Rafizi Ramli

Rafizi Ramli

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mendakwa ada pihak menggodam telefon bimbitnya dan menyebarkan arahan supaya penyokong yang hadir merempuh sekatan pihak berkuasa di hadapan Istana Kehakiman di sini.

Sambil mendakwa ia konspirasi terancang pihak berkepentingan, Rafizi menolak kesahihan arahannya menerusi SMS berkenaan.

“Ini bukan sesuatu yang dibuat oleh ‘macai', tetapi orang yang ada kaitan dengan perkhidmatan telekomunikasi atau pihak berkuasa.

“Maknanya mereka sudah siap sedia untuk fitnah kita dan ambil tindakan undang-undang kalau ada apa-apa (insiden tak diingini) berlaku,” dakwanya mengenai telefon bimbitnya yang digodam sebelum mahkamah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah, Selasa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas keputusan rayuan terakhir kes liwat II Anwar terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan diumumkan panel lima hakim, Selasa.

Rafizi menerusi tweetnya pula menyebut: "Telefon bimbit saya digodam, kononnya ada SMS dihantar dari nombor saya ajak rakyat merempuh. kalau dapat delete, itu mainan Umno."

Bagaimanapun, beliau mengambil pendirian untuk tidak membuat laporan polis kerana bimbang telefonnya diambil dan dia ditahan.

Pada Selasa, Anwar didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari dan Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Keputusan rayuan Anwar itu diumumkan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Tags / Kata Kunci: macai , godam , Anwar Ibrahim , Rafizi Ramli

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan