Lintas Langsung Keputusan Rayuan Kes Liwat Anwar

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 8:02 AM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

BERIKUT merupakan lintas langsung dari Istana Kehakiman di Putrajaya pada pagi Selasa berhubung keputusan rayuan kes liwat kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim:

3.00: Trak FRU bergerak seiring trak polis. Bagaimanapun tidak dipastikan Anwar berada di dalam kenderaan yang mula bergerak keluar dari kawasan mahkamah.

2.40: Pemimpin pembangkang keluar dari mahkamah untuk bertemu penyokong.

2.36: Loceng amaran dibunyikan untuk kali kedua.

2.30: Anggota FRU masih mengawal rapi pekarangan Istana Kehakiman.

2.03: Pasukan FRU membunyikan loceng amaran.

1:40: Wakil Penyokong mengeluarkan arahan supaya sebahagian penyokong bergerak ke bahagian berhampiran trak FRU.

1.35: Tiga trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di kawasan Istana Kehakiman. Anwar dijangka keluarg melalui salah satu pintu berhampiran trak berkenaan.

1.00: Seorang penyokong PKR minta yang lain bertenang dan tunggu pengumuman tempoh Anwar akan dipenjara.

12.52: Penyokong Anwar jangkakan pemimpin mereka akan dibawa keluar melalui pintu belakang (pintu membawa pesalah).

12.47: Polis ketatkan kawalan

12.46: Penyokong Anwar berkumpul di belakang Istana Kehakiman, suasana mula riuh.

12.43: Penyokong Anwar diarah ke belakang Istana Kehakiman 

12.38: Penyokong Anwar kelihatan sayu mengetahui perkhabaran setakat ini.

12.32: Datin Seri Dr Wan Azizah keluar mahkamah

12.19: Mahkamah berhenti berehat

12.23: Keputusan belum diumumkan

12.22: Hakim tolak rayuan Anwar 

Peniaga tidak melepaskan peluang untuk menjual kain selendang kepada penyokong masing-masing.


Kumpulan Ulama PAS Tidak Muncul

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PUTRAJAYA: Ketika ramai pimpinan utama pakatan pembangkang hadir ke Mahkamah Persekutuan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya segelintir pemimpin PAS kelihatan pada prosiding akhir rayuan kes liwat kedua Ketua Pembangkang itu.

Turut tidak kelihatan ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebalikya sekutu Pakatan Rakyat itu hanya diwakili beberapa pimpinannya yang pro-Anwar antaranya ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Bebeza ketika Anwar berhadapan prosiding akhir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kumpulan ulama PAS termasuk Abdul Hadi turut hadir memberi sokongan kepada Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Abdul Hadi juga tidak hadir pada program ceramah kemuncak 'rakyat hakim negara' yang diadakan bagi meraih sokongan kepada Anwar yang diadakan di Padang Timur di Petaling Jaya pada Isnin malam.

Pada lewat petang Isnin, tersebar kenyataan media Abdul Hadi yang didakwa palsu menyebut beliau menyatakan bahawa saranan untuk menyertai perhimpunan solidariti terhadap Anwar bukan pendirian rasmi parti itu.

Bagaimanapun Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar segera mengeluarkan kenyataan penafian berhubung penyebaran kenyataan Hadi itu.






10.44: Keputusan sedang dibacakan

10.20: Penyokong mangsa dalam kes liwat tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan tiba di luar Istana Kehakiman

10.13: Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad memulakan ucapan kepada penyokong di luar Istana Kehakiman.

10.12: Prosiding bermula





Penyokong Fanatik Anwar berkumpul di Istana Kehakiman

Oleh IZRA ABD RAHMAN

PUTRAJAYA: Seperti yang dijangka, perkarangan Kompleks Istana Kehakiman di sini, Selasa, dipenuhi dengan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan penyokong tersebut, yang berarak dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,  Putrajaya tiba di bangunan Mahkamah Persekutuan kira-kira pukul 8.30 pagi.

Sambil melaungkan 'reformasi' sepanjang perarakan, mereka juga membawa banner dan sepanduk yang tertera slogan 'Rakyat Hakim Negara' sebagai tanda menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat menyertai perarakan termasuklah Ahli Parlimen Batu Tian Chua,Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran .

Kira-kira pukul 9 pagi, Anwar memasuki bangunan mahkamah, sekali gus melenyapkan khabar angin bahawa beliau akan memberikan ucapan terlebih dahulu.

Sementara menunggu keputusan diumumkan, penyokong Anwar yang dianggarkan mencecah 3,000 orang melakukan aktiviti seperti bacaan Yasin, solat hajat dan bersajak.

Secara keseluruhan, keadaan di Istana Kehakiman adalah tenang dan terkawal walaupun pada awal pagi terdapat sedikit pertelingkahan di antara seorang lelaki berjubah yang mendakwa dirinya bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan penyokong Anwar.



Ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendengar keputusan terakhir kes liwatnya.



9.10: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hadir ke mahkamah. Beliau kemudiannya dibenarkan masuk ke kamar mahkamah.

9.05: Anwar masuk ke kamar Mahkamah Persekutuan.

9.00: Anwar tiba di komleks Istana Kehakiman diiring isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut kelihatan anak sulung Anwar, Nurul Izzah Anwar.


8.43: Pergaduhan di kalangan penyokong



8.28: Penyokong Anwar berarak dari Masjid besi ke Istana Kehakiman.

8.15 pagi: Beberapa kumpulan kecil penyokong Anwar mula memenuhi bahagian luar Kompleks Mahkamah Persekutuan.

8 pagi: Berlaku pertengkaran kecil di antara seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai bekas pelajar universiti dengan penyokong Anwar. Keadaan bagaimanapun terkawal.

Petugas media menunggu nama mereka dipanggil di Istana Kehakiman. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR

7.50 pagi: Pihak media dibenarkan masuk ke dalam Mahkamah Persekutuan.

7.10 pagi: Ketibaan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

7 pagi: Kompleks Istana Kehakiman mula dipenuhi pihak media.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , kes liwat , Istana Kehakiman

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan