Kes Liwat II Musnahkan Hidup Saiful Bukhari - Muhammad Shafee

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 7:26 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Walaupun berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melepas dan membebaskannya daripada tuduhan liwat, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan kes itu telah memusnahkan hidup Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun peguam kanan yang bertindak sebagai ketua pihak pendakwaan dalam kes tersebut berkata, keputusan yang memihak kepada anak guamnya itu tidak menggembirakan beliau.

“Saya tahu keadilan akhirnya ditegakkan, jadi saya secara profesional berpuas hati dengan keputusan pada hari ini. Tetapi ianya tidak memberi saya kegembiraan. Kehidupan seorang pemuda telah dimusnahkan, berubah selama-lamanya.

"Lebih buruk lagi, tanpa berselindung mangsa berhadapan dengan sesi pemeriksaan balas selama tujuh hari dan kesemua pasukan peguam bela boleh menyoal balas beliau. Jadi proses keadilan juga memburukkan lagi penderitaan beliau,” katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Persekutuan pada Selasa.

Tambah Muhammad Shafee, berbeza dengan Anwar, beliau memilih untuk enggan disoal balas oleh pihak pendakwaan.

“Anwar memilih untuk tidak memberikan lebih daripada secebis kenyataan dari kandang tertuduh.

“Tidak seperti mangsa, beliau enggan berhadapan dengan pemeriksaan balas. Namun ianya adalah hak beliau mengikut undang-undang,” katanya.

Selain itu, menerusi kenyataan yang diedarkan, Muhammad Shafee menegaskan kes liwat kedua Anwar tiada kaitan dengan soal politik, sebaliknya ia membabitkan pembelaan terhadap mangsa.

“Seperti mana kesemua mangsa-mangsa jenayah berat, beliau mempunyai hak untuk melihat aduannya disiasat dengan teratur oleh pihak polis dan mahkamah.

“Jadi ini bukan cerita tentang politik, ini sebenarnya cerita tentang manusia dan dari perspektif badan kehakiman, ia adalah peranan sistem keadilan negara kita bagi membolehkan kedua-dua belah cerita didengar di mahkamah.

“Yang penting sekali, semua ini adalah cerita tentang semua manusia, tanpa mengira kuasa…mereka adalah sama rata di sisi undang-undang,” katanya.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan