Calon Ketua Pembangkang Perlu Konsensus Pakatan Rakyat - Dr Wan Azizah

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 10:56 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Soal pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi teka-teki apabila isu tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat biro politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), malam Selasa.

Malah, Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail seolah-olah menafikan bayangan awal bahawa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bakal dilantik mengisi jawatan ketua pembangkang di Parlimen.

"Siapa yang maklumkan awak mengenai berita ini.... terima kasih," katanya apabila ditanya mengenai perkara itu pada sidang media sambil disambut gelak tawa beberapa pemimpin PKR yang hadir.

Sebaliknya, Dr Wan Azizah berkata, soal calon bagi jawatan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan diadakan dalam masa terdekat.

"Kita akan adakan mesyuarat Pakatan Rakyat dan dapatkan konsensus mengenainya," katanya.

Ketika ditanya sama ada calon tersebut juga dari PKR, Wan Azizah berkata, ia bergantung kepada perbincangan di peringkat Pakatan Rakyat.

Terdahulu, pakar akademik memberi gambaran awal bahawa Azmin layak untuk menggantikan Anwar selepas melihat kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PKR.

Malah, kemelut antara PAS dan DAP berhubung isu hudud dan pelaksanaan pilihan raya berkuasa tempatan menguatkan lagi dakwaan bahawa Azmin adalah calon pilihan utama bagi jawatan tersebut.

Sementara itu, Azmin ketika ditemui di luar Ibu Pejabat PKR, pantas menafikan khabar angin bahawa beliau akan dilantik sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

Beliau berkata, PKR mempunyai ramai calon berpotensi untuk jawatan tersebut.

"Namun ia masih perlu dibincangkan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan