25 Jenis Barangan Alami Penurunan Harga Sejak Julai Lalu

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 7:46 PM

Hasan Malek.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Harga bagi 25 jenis barangan terdiri daripada bahan mentah, bahan masakan dan peralatan kebersihan diri merekodkan penurunan kurang daripada satu peratus hingga 18 peratus bagi tempoh Julai 2014 hingga Januari tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Datuk Seri Hasan Malek berkata antara barangan tersebut termasuk ayam bersih standard yang dijual pada harga RM7.33 sekilogram Julai lepas kini boleh didapati dengan harga RM6.73 sekilogram.

Antara barangan yang turut mencatat penurunan adalah kepak ayam (18.25 peratus); limau mandarin (16.50 peratus); udang putih ternak (2.01 peratus); ubi kentang (6.17 peratus); beras cap rambutan Super Special Tempatan 5 peratus (0.12 peratus) dan bawang kecil merah import (China) (4.94 peratus).

Hasan berkata pihaknya sentiasa memberi perhatian terhadap harga barangan dan caj bagi perkhidmatan kerana sebarang peningkatan harga akan memberi impak langsung ke atas kos sara hidup rakyat.

"Kerajaan memandang serius terhadap penurunan harga yang sewajarnya oleh industri ekoran daripada penurunan harga runcit petroleum," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat isu harga barang dan caj perkhidmatan berikutan penurunan harga bahan petroleum di sini, Selasa.

Mengulas mengenai mesyuarat itu yang turut dihadiri pengeluar, pemborong dan pengedar, Hasan berkata pertemuan berkala itu memberi kesan positif apabila terdapat pihak yang sedia menurunkan harga barangan.

Beliau memberikan contoh Pasar Raya Mydin yang sedia menurunkan harga bagi 50 jenis barangan di semua premis milik syarikat itu di seluruh negara mulai Jumaat ini.

Berikutan itu Hasan tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan pertemuan sedemikian secara lebih kerap.
Tags / Kata Kunci: Hasan Malek , KPDNKK

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan