Rayuan Kes Liwat II Anwar, Bakal Beri Gelombang Kejutan Kepada Pakatan

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 8:55 AM

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan yang akan diumumkan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berhubung kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim esok bukan sekadar menentukan kebebasan mutlak seseorang individu. 

Sebaliknya jika Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, perjalanan Pakatan Rakyat di Parlimen akan bergerak seperti sedia kala kerana beliau akan kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. 

Namun jika Mahkamah Persekutuan membuat keputusan Anwar bersalah, banyak perubahan terhadap landskap politik Malaysia dijangka berlaku. 

Satu pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh terpaksa diadakan, ia juga akan menyebabkan gelombang besar berlaku dalam Pakatan Rakyat yang kini berusia enam tahun. 

Pada Mac 2014, Mahkamah Rayuan menetapkan Anwar dikenakan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana didapati bersalah meliwat Saiful, sekaligus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar pada 9 Januari 2012. 

Sekiranya hukuman penjara tersebut berjalan, mengikut artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, Anwar akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. 

Di bawah artikel 48, menetapkan mana-mana Ahli Parlimen akan hilang kelayakan apabila dia dijatuhi hukuman mahkamah selama satu penggal atau denda tidak melebihi RM2,000. 

Apa akan jadi kepada Pakatan Rakyat sekiranya perkara ini berlaku? Ramai yang mengatakan pakatan akan menjadi rapuh kerana masih tidak jelas siapakah pemimpin yang mampu menggantikan Anwar serta boleh menghubungkan ketiga-tiga parti di bawah satu bumbung.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta peguam bela Anwar percaya perkara sebaliknya akan berlaku. 

Beliau berkata ikatan setiakawan dikalangan parti komponen Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS akan lebih kukuh. 

"Kami akan bersatu menentang kezaliman ini. Saya telah melihat semangat mereka, saya juga dapat melihat kebimbangan dan kerisauan orang awam apabila tarikh keputusan liwat Anwar semakin hampir. 

"Sudah pasti, Pakatan Rakyat akan bersatu sekiranya Anwar dipenjarakan. Jika Anwar didapati bersalah, ia tidak akan menjadi 'pukulan maut' kepada mereka yang cuba menghancurkan Pakatan. Sebaliknya ia akan memeberi kesan kepada Barisan Nasional  kerana lebih ramai pengundi tidak akan dapat memaafkan mereka," kata Surendran. 

Pendapat yang sama turut dizahirkan oleh Pengarah Strategik Pilihan Raya DAP, Ong Kian Ming, yang menyifatkan ada isu lebih besar perlu ditangani iaitu bagaiamana Pakatan harus bergerak kehadapan sekiranya rayuan Anwar ditolak. 

"Sekiranya gagal dalam rayuan ia merupakan kehilangan yang signifikan kepada Pakatan," kata Ong. 

Ditanya sama ada Pakatan akan berpecah, kerana hubungan DAP-PAS yang semakin meruncing, Ahli Parlimen Serdang itu berkata mereka akan berpegang kepada amanat Anwar agar Pakatan kekal bersatu. 

"Konflik DAP dan PAS memang wujud, cuma ia menjadi isu ini menjadi lebih besar dalam soal hudud. DAP sentiasa komited untuk membantu rakan sekutu Pakatan dalam mana-mana pilihan raya kecil. Apa pun perancangan selepas ini akan hanya dimaklumkan selepas kita berhadapan dengannya," kata Ong. 

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula enggan mengulas lanjut. 

"Saya berharap satu keputusan yang positif untuk Anwar," kata Mustafa dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS). 

Beliau juga enggan mengulas sama PAS mempunyai pelan kontingensi sekiranya Anwar didapati bersalah. 

Dalam rayuannya, Anwar memohon agar Mahkamah Persekutuan mengetepikan tuduhan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan terhadapnya. 

Sesi pendengaran kes berkenaan berlangsung selama lapan hari bermula 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu. 

Tags / Kata Kunci: rayuan kes liwat Anwar

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan