MAS Larang Rokok Elektroknik Diletakkan Dalam Bagasi

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 2:14 PM

Rokok elektronik.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penumpang Malaysia Airlines (MAS)  kini perlu membawa rokok elektronik (e-rokok) mereka dalam bagasi tangan dan tidak boleh meletakkannya dalam bagasi ketika mendaftar masuk, ia berikutan langkah terbaharu yang diumumkan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA). 

Bagaimanapun, peraturan tersebut tidak mengubah arahan yang melarang penumpang merokok ketika berada dalam kabin pesawat. 

MAS dalam satu kenyataan pada Isnin berkata FAA telah mencadangkan agar semua syarikat penerbangan memastikan semua penumpang membawa e-rokok mereka secara eksklusif ke dalam kabin pesawat. 

"Ia berikutan kes kebakaran terbaharu melibatkan e-rokok, justeru FAA telah mengeluarkan langkah keselamatan dengan mencadangkan semua syarikat penerbangan memastikan e-rokok di bawa naik oleh penumpang ke dalam kabin pesawat dan bukannya diletakkan dalam bagasi ketika diperiksa. 

"Membawa e-rokok ke dalam kabin penumpang mengurangkan risiko berlakunya kejadian tidak diingini daripada berlaku," menurut kenyataan MAS itu. 


Pada September tahun lalu, penumpang dalam sebuah pesawat di Lapangan Terbang Logan, Boston terpaksa dipindahkan selepas e-rokok yang terdapat dalam beg penumpang yang diletakkan di bahagian kargo pesawat tiba-tiba terbakar.

Ekoran insiden berkenaan menyebabkan FAA mengarahkan agar semua syarikat penerbangan melaksanakan arahan tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan