Harga Sayur Tidak Naik Di Pasar Tani

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 10:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada isu kenaikan harga sayur di pasar tani di bawah kelolaan FAMA setakat ini, kata Pengerusinya Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Beliau berkata ini kerana pihak FAMA mempunyai urusetia yang dilantik untuk membuat pemantauan harga di 577 pasar tani yang beroperasi di seluruh negara. 

Badruddin berkata sekiranya ada dakwaan yang mengatakan harga sayur naik, itu adalah di pasar-pasar lain yang di luar bidang kuasa pemantauan FAMA.

"InsyaAllah...kita ada urusetia di setiap pasar tani untuk membuat pantauan harga seperti yang dipersetujui (menjual pada harga) berpatutan iaitu bawah daripada pasar-pasar lain," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Jualan Karavan Tani@Berjaya Times Square yang disempurnakan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Pada Sabtu lepas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan 'Program Jualan Turun Harga Pasar Tani'. 

Ismail Sabri mengumumkan 72 barangan berasaskan produk pertanian di pasar tani akan turun harga bermula Sabtu lepas antara lima peratus hingga 20 peratus selaras dengan penurunan harga minyak menerusi program berkenaan.

Badruddin sehubungan itu berkata pengguna perlu bijak berbelanja dengan memilih pasar tani sebagai pilihan utama untuk membeli barangan keperluan.

Tags / Kata Kunci: harga sayur , FAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan