PAS Nafi Halang Ahli Sertai Demo Sokong Anwar

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 8:07 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menjelang hari keputusan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, wujud gesaan terhadap ahli PAS supaya tidak menyertai sebarang demonstrasi menyokong ketua pembangkang itu.

Sejak petang Isnin, paparan skrin kenyataan rasmi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa saranan untuk menyertai perhimpunan solidariti terhadap Anwar bukan pendirian rasmi parti itu.

Kenyataan palsu yang didakwa dikeluarkan Abdul Hadi.


Bagaimanapun Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar segera mengeluarkan kenyataan penafian berhubung penyebaran kenyataan Hadi itu.

"Saya dengan ini mengesahkan bahawa kononnya satu kenyataan media yang dikeluarkan atas nama Presiden PAS bertarikh 9 Februari 2015 mengenai isu kenyataan rasmi parti dan  solidariti terhadap kes Datuk Seri Anwar adalah palsu, tidak benar sama sekali.

"Pihak Datuk Seri Tuan Guru merasa sangat kesal di atas penyalahgunaan surat PAS dan pemalsuan kenyataan media itu," katanya.

Penyebaran kenyataan palsu itu dilihat sebagai usaha untuk mengeruhkan hubungan pakatan pembangkang yang berhadapan masalah dalaman sejak kebelakangan ini.

Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan