Sebahagian PD, Rembau Dan Jelebu Alami Gangguan Bekalan Air Esok

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 3:54 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Sebahagian kawasan Port Dickson, Rembau dan Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja-kerja pengalihan paip, pemasangan injap dan penyelenggaraan loji rawatan air.

Penolong Pengurus Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail berkata, bekalan air di Port Dickson akan mula ditutup pada pukul 8 pagi esok hingga 6 pagi hari berikutnya susulan kerja-kerja pengalihan paip di pekan Lukut dan Pasir Panjang.

"Kawasan terlibat ialah Taman Indah Baru, Pantai Mas, PD Harmoni, Astana Harmoni, Pekan Lukut ke Sri Parit serta Kampung Segenting dan banglo Mawar," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata, penutupan bekalan air di Rembau pula adalah selama 24 jam mulai pukul 8 pagi berikutan kerja-kerja pemasangan injap di loji rawatan air Pedas Baru, penggantian 'flowmeter' air mentah di loji rawatan air Pedas Lama dan kerja-kerja pemasangan paip di Ladang Hentian Tinggi.

Katanya, kawasan terlibat ialah Taman Bunga Raya, seluruh Pekan Rembau, Kampung Batu Hampar, Tanjung Sena Hilir, Kampung Rendah, Kediaman Rasmi Undang Luak Rembau, Kampung Tanjung Sena, Kampung Kayu Ara, Taman Dato Lela Maharaja, Sek Men Sedia Raja dan Rumah Rakyat Chembong.

Norzita berkata, turut terlibat Jalan Kampung Chembong, Kampung Berkat/Kampung Ampang Batu/Kampung Masjid Tanah, Kampung Chembong Air Hitam, Kampung Baru Chembong Air Hitam, Desa Chembong, kawasan Industri Chembong, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kampung Mulia, Kampung Rendah, Taman Kebun Kelapa dan Kampung Chembong turut terjejas.

Selain itu, kawasan lain ialah Kampung Air Panas Pedas, Kampung Sungai Beringin, Kedai Makan Majlis Chembong, Jabatan Pertanian Chembong, Rumah Kanak-kanak Rembau, Kilang Ayam Chembong, Jalan Kubur, Kampung Anak Air Kundur, Kampung Paya Besar, Taman Rembau Permata, Taman Rembau Jaya, Jalan Balai Raya, Kampung Baru Batu Hampar, Kampung Baru Batu Hampar 1, Jalan Padang Ragut, Jalan Baru Jelawai dan Jalan Solok Jelawai.

Beliau berkata gangguan turut berlaku di Kampung Seberang Batu Hampar, Jalan Stor JKR, Kuarters Sains, Hijauan Height, Kuarters Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ladang Air Hangat, Wet World, Ladang Ulu Pedas, Kampung Mungkal Sepri, Kampung Baru Tanjung Terap, Kampung Tanjung Terap, Kampung Air Sekapas/Chembong Halt, Kampung Baru Air Sekapas dan Kampung Chembong Kecil/Kampung Waris Tebat.

Norzita berkata, bekalan air di Jelebu juga akan ditutup selama 24 jam mulai 8 pagi berikutan kerja-kerja penyelenggaraan stesen suis utama TNB di loji rawatan air Lakai, kerja-kerja naik taraf kapasiti loji di loji rawatan air Lakai dan penyambungan paip di Air Baning.

Kawasan terlibat ialah seluruh Mukim Simpang Pertang, seluruh Mukim Triang Hilir dan Felda Pasoh 1,2,3 dan 4, katanya.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut.



Tags / Kata Kunci: Norzita Ismail , Port Dickson , air

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan