Tak Hirau Digantung UM, Fahmi Tetap Sokong Anwar

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 3:39 PM

Fahmi Zainol.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun digantung pengajian selama dua semester kerana didapati bersalah menganjurkan acara pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa kebenaran tahun lalu, ia tidak menghalang bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol untuk terus menyokong idolanya itu.

Mengakui tidak melakukan sebarang kegiatan khusus ketika ini, kecuali meneruskan perjuangan dalam bidang politik yang diminatinya, anak muda kelahiran Permatang Pauh ini tanpa berselindung terus mempertahankan pemimpin pembangkang itu.

"Saya tak buat apa sangat sekarang ini. Insya-Allah saya akan hadir untuk memberi sokongan kepada Anwar.  Saya yakin beliau akan dibebaskan," katanya melalui aplikasi Whatsapp kepada mStar Online pada Isnin.

Esok, Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan rayuan Anwar, 67, terhadap sabitan kesalahannya kerana didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan,  di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Dalam perkembangan berkaitan pengajiannya, Fahmi berkata, pada Rabu (11 Februari) pula Jawatankuasa Rayuan UM akan bersidang bagi mendengar rayuan yang dikemukakannya bersama Presiden Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Safwan Shamsuddin yang turut digantung pengajian selama satu semester. 

"Sesi pendengaran akan diadakan di  UM bermula pukul 10 pagi. Saya berharap pihak jawatankuasa akan memberikan ruang kepada kami untuk menyambung pengajian seperti biasa. Saya tinggal satu semester sahaja lagi untuk tamatkan pengajian," katanya. 

Fahmi berkata, dia telah mengemukakan rayuan pada 9 Disember sebaik sahaja Lembaga Tatatertib universiti mengumumkan keputusan menggantung pengajiannya berkuat kuasa serta-merta selama dua semester serta dikenakan denda sebanyak RM600 atas kesalahan menganjurkan pidato Anwar tanpa kebenaran pihak universiti.  

Selain Fahmi dan Safwan, empat lagi pelajar turut diberi surat amaran dan didenda RM150, manakala dua lagi pelajar, Khairol Najib dan Abraham Au, masing-masing dibebaskan kerana didapati tidak bersalah, namun diberi amaran.

Pada 27 Oktober tahun lalu, sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa dan mahasiswi telah merempuh pagar UM bagi menghadiri acara pidato bersama pemimpin pembangkang itu.

Pihak pengurusan universiti telah mengharamkan acara pidato berkenaan, serta mengunci dua pintu masuk utama serta menempatkan pasukan keselamatan untuk mengawal pintu masuk universiti.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan