Anwar Yakin Tak Bersalah

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 8:30 AM

Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau tidak akan disabitkan hukuman penjara pada Selasa.

"Tiada sebab untuk saya dihukum. Saya tidak bersalah, maka saya tidak sepatutnya dibawa ke penjara.

"Jika nasib saya dipenjara, saya harap rakyat akan meneruskan perjuangan pakatan dan meneruskan semangat itu," katanya semasa kempen Rakyat Hakim Negara di Taman Arowana, Permatang Pauh pada malam Sabtu.

Anwar turut menggesa rakyat untuk meneruskan perjuangan pakatan meskipun beliau tidak dipenjarakan.

Kempen itu diadakan di kawasan terbuka sebelah pasar malam yang menyaksikan kehadiran kira-kira 600 orang berhimpun bagi mendengar ucapan Anwar, termausk ucapan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan kes Anwar, 67, pada Selasa berhubung rayuannya terhadap sabitan kesalahannya dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30, di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan