Hudud: Sidang Khas Kelantan Pinda Enakmen Kanun Jenayah Syariah Mac Ini

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 10:44 PM

Ahmad Yakob.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) akan diadakan bulan depan, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata, sidang khas itu sepatutnya diadakan pada 29 Disember lepas namun ditangguhkan berikutan banjir besar melanda negeri ini.

"Untuk tujuan itu, kerajaan negeri mengadakan berkali-kali mesyuarat, perbincangan melalui Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan bagi menyiapkan beberapa pindaan dalam enakmen itu...Alhamdulillah, kita menyiapkan satu tatacara lengkap pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Ahmad berkata, agenda kebajikan kepada rakyat pasca banjir diteruskan sebagaimana dijadualkan dan usaha ke arah pelaksanaan kanun jenayah (atau hudud) juga diteruskan sebagaimana yang dijadualkan.

Beliau berkata, Kanun Jenayah Syariah itu adalah arahan Allah dan ia menjadi kewajipan kepada setiap umat Islam menegakkannya dalam masyarakat Islam.

"Kewajipan ini seumpama kewajipan solat lima waktu yang tidak boleh dipertikai pensyariatannya. Solat wajib didirikan walaupun musibah melanda dan tidak boleh melengah-lengahkan solat apatah lagi mengesampingkannya dengan alasan untuk memberi laluan kepada semua mangsa musibah memperolehi hak kebajikan mereka secara sempurna.

"Begitulah juga hukum syariah termasuk kanun jenayah syariah yang bakal dilaksanakan di Kelantan. Usaha menegakkannya di muka bumi ini mesti berjalan seiring dengan agenda kebajikan dan kemasyarakatan yang lain," katanya. 

Ahmad berkata, kerajaan tangguhkan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah itu pada masa sekarang bagi memberi laluan kepada kebajikan mangsa banjir.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan