Sidang Media Pakatan Tanpa Hadi

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 5:08 PM

Hadi (dua dari kiri) meninggalkan Pejabat Agung PAS sebaik selesai mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Ahad, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun ‘hilang’ sebelum bermulanya sidang media.

Ketiadaan Presiden PAS itu ternyata menghampakan pihak media yang menunggu beliau bersama pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, Hadi perlu segera meninggalkan Pejabat Agung PAS iaitu lokasi berlangsungnya mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat atas urusan rasmi.

“Datuk Seri Hadi sampaikan salam. Beliau sebenarnya sudah tangguhkan program. Tapi beliau tetap tunggu sampai berakhirnya mesyuarat,” katanya.

Sidang media itu disertai semua pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.

Terdahulu Abdul Hadi dilihat duduk disebelah kiri Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam mesyuarat yang dipengerusikan Anwar.

Sebelum ini isu kehadiran Hadi menjadi polemik di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat khususnya DAP.

Baru-baru ini Guan Eng memberi kata dua kepada kepada  Hadi bahawa mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat yang akan berlangsung di Pejabat Agung PAS pada petang ini tidak akan diteruskan jika veteran PAS itu gagal hadir.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan