Samsung Lancar Kelas Bestari Pertama Di Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 7:13 PM

Mustapa (kiri) beramah-mesra dengan pelajar sekolah ketika hadir pada Majlis Perasmian Samsung Smart Clsaaroom di Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas di Jeli Ahad. Turut hadir Pengarah Hal Ehwal Korporat, Samsung Malaysia Electronics (SME) Datuk Roh Jae Yeol (dua,kiri) dan Pengarah Pendidikan Kelantan Hussain Awang (dua,kanan).

(Ubah saiz teks)

JELI: Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas di sini merupakan sekolah luar bandar pertama yang menerima Kelas Bestari Samsung yang dibangunkan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd.

Pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung, Datuk Roh Jae Yeol berkata, ia juga merupakan sejarah buat Samsung kerana pertama kali projek itu diperkenalkan di Malaysia.

"Pelancaran kelas bestari ini merupakan sebahagian inisiatif global Samsung yang dilaksanakan di hampir 400 sekolah di 72 negara lain.

"Ia merevolusikan kaedah mengajar tradisional bagi pembangunan pendidikan dan profesional," katanya semasa berucap pada majlis perasmian kelas itu oleh  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di sini, Ahad.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Kelantan Hussain Awang.

Jae Yeol berkata, SK Ayer Lanas dipilih untuk projek itu bagi merapatkan jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar.

"Ia disasar untuk menyediakan peluang kepada pelajar untuk menggunakan teknologi sedia ada dan menamah nilai kepada pendidikan mereka serta memiliki kemahiran penting abad ke-21," katanya.

Beliau berkata kandungan pendidikannya diselaras dengan silibus sekolah kebangsaaan yang memfokus kepada bahasa Malaysia, Inggeris, Sains dan Matematik untuk murid Tahun Enam.

"Ia juga dilengkapi dengan pemantauan keupayaan di mana guru boleh menyelia kemajuan pelajar dalam latihan pembelajaran di samping menyediakan sasaran tambahan melatih.

"Dengan kaaedah ini, sekolah boleh mencapai penambahbaikan dan prestasi akademi positif," katanya dan menambah pasukan Samsung akan memantau program itu selama tiga tahun.

Sementara itu, Mustapa yang juga Anggota Parlimen Jeli berkata Kelas Bestari Samsung itu akan meningkatkan lagi minat murid untuk belajar dan menjadi berdaya saing, sekali gus mampu melahirkan lebih ramai pelajar pintar.

"Saya percaya kita akan melihat hasilnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang. Banyak negara maju telah menggunakan teknologi seperti ini dalam proses pembelajaran di sekolah.

"Saya berharap lebih ramai syarikat gergasi melabur dalam program seperti ini untuk peningkatan akademik pelajar di Malaysia," katanya.


iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan