Isu PAS-DAP Selesai - Anwar

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 4:51 PM

Anwar dan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbalahan antara PAS dan DAP berhubung isu pelaksanaan hukum hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dianggap selesai dengan semua pihak bersetuju untuk menghormati dasar bersama pakatan pembangkang itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu cabaran debat oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga sudah tidak berbangkit.

“Semua dah selesai dalam mesyuarat,” kata Anwar ringkas pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung selama dua jam di Pejabat Agung PAS di sini, Ahad.

Bagaimanapun menurut Anwar, dua isu berkenaan yang menjadi punca percakaran antara PAS dan DAP akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat berasingan.

“Pakatan Rakyat akan terus meraikan perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti.

“Sehubungan itu mesyuarat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan merangka penyelesaian yang menyentuh isu enakmen jenayah syariah dan pilihan raya PBT,” katanya.

Sementara itu, Guan Eng yang turut sama dalam sidang media itu mengambil pendirian untuk ‘mengunci mulut’ ketika diajukan soalan mengenai cabaran debat oleh Mustafa.

Malah Mustafa ketika ditemui selepas sidang media itu juga enggan mengulas lanjut mengenai isu itu.

“Dah habislah, dah selesai. Semua selesai,” katanya ringkas.

Pada 28 Januari lalu, Mustafa menggelar Guan Eng bermulut celupar dan mencabar Ahli Parlimen Bagan itu untuk berdebat secara terbuka berhubung kontroversi pilihan raya PBT.

Cabaran itu timbul selepas Guan Eng dilaporkan terlebih dahulu menuduh Mustafa berbohong kerana mendakwa beliau (Mustafa) bersetuju dengan pilihan raya PBT sedangkan pemimpin PAS itu menafikannya.

Tags / Kata Kunci: PAS , DAP , hudud , PBT , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan