Fenomena Hujan Luar Biasa Mungkin Berulang - Pakar

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 11:36 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Banjir buruk yang melanda negara tahun lepas dijangka berulang dengan lebih kerap serta lebih buruk ekoran faktor pemanasan global dan kehadiran fenomena Madden-Julian Oscillation (MJO), kata pakar Klimatologi dan Oseanografi, Prof Dr Fredolin T. Tangang.

Menurut beliau, ini kerana faktor perubahan iklim akibat pemanasan global merangsang fenomena itu semakin buruk.

Baru-baru ini, media melaporkan mengenai fenomena MJO atau lebih dikenali sebagai Ayunan Madden-Julian yang merupakan antara faktor hujan lebat luar biasa membasahi Malaysia.

MJO ialah elemen dalam keragaman iklim tropika yang berlaku sekali antara 20 hingga 60 hari, berbanding fenomena El Nino antara tiga hingga tujuh tahun sekali.

Ia merupakan fenomena keragaman iklim berskala besar yang terjana akibat perubahan suhu di Lautan Hindi yang boleh mempengaruhi kelembapan atmosfera.

Namun, apabila MJO bertemu musim monsun timur laut (musim tengkujuh) dan angin luluran sejuk, ia akan menyebabkan kadar curahan hujan yang luar biasa.

Fredolin yang juga pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahkan sudah ada kajian yang menunjukkan bahawa peningkatan suhu dunia menyebabkan fenomena seperti El Nino, La Nina dan MJO akan meningkat kekuatan dan keragamannya.

"Ini bermakna pada masa akan datang kekerapan hujan ekstrem dan kemarau akibat fenomena ini di Malaysia akan meningkat," katanya kepada Bernama ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut beliau, laporan Sintesis ke-5 Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) pada November 2014, menyatakan bahawa kekerapan fenomena ekstrem dan kejadian iklim telah dikaitkan dengan perubahan iklim.

"Setiap satu darjah peningkatan suhu dunia, ia akan meningkatkan tujuh peratus kelembapan di atmosfera dan ini akan meningkatkan kekerapan episod ekstrem cuaca dan berkemungkinan lebih buruk daripada yang pernah kita alami tahun lepas," katanya.Fredolin menegaskan laporan IPCC turut menyatakan suhu purata dunia kini telah meningkat sebanyak 0.87'C semenjak 100 tahun.

Beliau turut mengaitkan kajiannya terhadap kejadian banjir besar di Johor pada akhir 2006 yang berpunca daripada hujan luar biasa selain disebabkan oleh MJO.

Katanya, jika dilihat data cerapan taburan hujan yang berlaku di Johor hanya 29mm setiap sejam, namun apa yang berlaku di Kelantan pada 21 sehingga 24 Disember 2014 menunjukkan peningkatan taburan hujan kepada 35mm sejam disebabkan fenomena yang sama.

Tags / Kata Kunci: Fedolin T Tangangm , MJO , El Nino

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan