Banjir: Sarawak Bayar Saguhati Kepada Mangsa Hilang Harta Benda - Berita Semasa | mStar

Banjir: Sarawak Bayar Saguhati Kepada Mangsa Hilang Harta Benda

Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2015 7:25 PM

(Ubah saiz teks)

BAU: Kerajaan negeri Sarawak akan membayar saguhati kepada mangsa banjir yang mengalami kemusnahan harta benda termasuk rumah, kereta dan tanaman, kata Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil.

Sehubungan itu, katanya mangsa banjir yang layak menerima saguhati itu diminta mendaftar dengan ketua kaum di kawasan masing-masing.

Dr Jerip berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan makanan kepada 94 keluarga mangsa banjir dari sekitar kawasan Siniawan di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada Kampung Melayu Siniawan bagi membiayai kos membaiki surau kampung itu yang rosak akibat banjir baru-baru ini. 
Tags / Kata Kunci: mangsa banjir , saguhati
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan