PTPTN Sasar 80 Peratus Daripada 200,000 Peminjam Tukar Ke Skim Ujrah

Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2015 1:37 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua,kanan) menyaksikan penyerahan replika cek bernilai RM100,000.00 daripada Shamsul Dr Mortaza (dua,kiri) ketika hadir pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pasca Banjir PTPTN di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan 80 peratus daripada 200,000 peminjam pembiayaan pendidikan itu yang disenarai hitam untuk mendaftar ke skim Ujrah yang diperkenalkan sejak Oktober tahun lepas.

Pengerusinya Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata kempen berkenaan yang telah dilanjutkan sehingga 31 Mac ini, memberi peluang kepada peminjam tabung pendidikan berkenaan terutama yang terlibat dengan banjir.

"Setakat ini kita masih belum berpuas hati dengan jumlah yang sepatutnya bertukar kepada skim ini," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan pasca banjir PTPTN di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota di sini, Sabtu.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed.

Shamsul Anuar sebelum ini dipetik sebagai berkata dalam tempoh 1 Oktober hingga 31 Disember lalu, seramai 50,000 peminjam telah menukar ke pembiayaan secara Ujrah, yang membolehkan mereka membayar caj perkhidmatan pada kadar satu peratus, berbanding empat peratus.

Selain itu, Shamsul Anuar berkata PTPTN turut menawarkan pengecualian caj bagi peminjam yang mahu menggantikan dokumen yang musnah akibat banjir.

"Caj yang dikenakan sepatutnya RM90 bagi setiap set dokumen serta kad SSPN-i juga diberi gantian tanpa sebarang caj," katanya.

Pada majlis berkenaan, PTPTN menyerahkan bantuan berjumlah RM640,290 kepada 9,147 pelajar di 55 buah sekolah di empat jajahan di negeri ini iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah.

Selain itu, PTPTN turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada UMK untuk pembelian buku selepas perpustakaan Kampus Kota UMK ditenggelami air, yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM6.9 juta kepada universiti berteraskan keusahawanan itu.


Tags / Kata Kunci: PTPTN , Shamsul Anuar Nasarah , skim ujrah

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan