Cadangan Peraturan Baharu Mualaf Negeri Sembilan Terus Dapat Sokongan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2015 8:54 AM

Individu bukan Islam dikehendaki membubarkan perkahwinannya yang terdahulu sebelum dibenarkan berdaftar sebagai mualaf di Negeri Sembilan. - gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sokongan terus diberikan terhadap keputusan kerajaan Negeri Sembilan yang menghendaki bukan Islam untuk membubarkan perkahwinan mereka yang terdahulu sebelum dibenarkan berdaftar sebagai mualaf di negeri tersebut.

Kumpulan agama, pejuang hak asasi wanita, G25 dan orang ramai mahu negeri lain mengikut jejak langkah tersebut tetapi ada segelintir pihak yang mempertikaikan apa yang akan berlaku sekiranya mana-mana pasangan yang tidak memeluk Islam enggan bercerai.

Mereka memberi maklum balas kepada laporan The Star pada Jumaat berhubung cadangan peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan berkaitan mualaf dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.

Menerusi cadangan tersebut juga, mualaf perlu membuat akuan berkanun yang menyatakan telah memeluk Islam supaya pihak bertanggungjawab boleh menuntut jenazahnya apabila meninggal dunia nanti.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamed Hasan memberitahu The Star bahawa peruntukan tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz.

Justeru, katanya, peruntukan tersebut tidak perlu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dan akan dikuatkuasakan sebaik sahaja exco kerajaan negeri meluluskannya.

Presiden Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST), Jagir Singh berkata adalah lebih adil sekiranya mana-mana pasangan yang memeluk Islam dari perkahwinan sivil menunaikan tanggungjawab mereka dibawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 terlebih dahulu.

Bekas Presiden Hindu Sangam Malaysia, Datuk A. Vaithilingam berkata, perasaan sedih, kecewa dan tidak puas hati disebabkan apabila satu pihak yang memeluk Islam tanpa membubarkan perkahwinan sivil mereka.

"Undang-undang Sivil dan Islam adalah berbeza dan keputusan yang mengecewakan telah kita lihat sebagai contoh kes membabitkan R. Subashini, S. Shyamala, Indra Gandhi dan S. Deepa.

Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata kesucian Islam telah dihina disebabkan kelakuan segelintir mualaf.

"Menjadikan mereka yang ingin memeluk Islam untuk membubarkan perkahwinan terlebih dahulu dan mengisytiharkan status agama mereka secara terbuka lebih ideal.

"Jika Negeri Sembilan melaksanakan undang-undang baharu ini terlebih dahulu dan memandangkan ia sesuatu yang bagus, negeri lain mungkin akan mengikut jejak mereka," katanya.

Mohd Tamyes berkata perkara itu pasti akan dibincangkan di Selangor tetapi enggan menyatakan sama ada Selangor akan mempertimbangkan untuk meluluskan undang-undang yang sama.

Kumpulan 25 tokoh Melayu profesional atau G25 turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri Sembilan 'diatas kebijaksanaannya dalam memperkenalkan inisiatif' tersebut.

"Ia akan mengelak berlakunya pertikaian berhubung hak pengebumian sekiranya si mati telah memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya.

"Pindaan ini memang akan menunjukkan keadilan dan simpati dari sudut Islam kepada orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

"Kami menggesa negeri lain untuk memperkenalkan pindaan yang sama bagi Enakmen Pentadbiran Agama Islam," kata Datuk Noor Farida Ariffin dalam satu kenyataan mewakili kumpulan tersebut.


Tags / Kata Kunci: mualaf , Negeri Sembilan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan