PDRM Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Keputusan Kes Liwat Anwar

Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2015 12:18 AM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersiap siaga berdepan dengan apa jua kemungkinan pada hari keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, Selasa ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan memantau rapi keadaan di sana pada hari berkenaan.

"Saya percaya tidak ada apa-apa yang akan berlaku kerana saya rasa semua orang dah matang, dan akan menerima keputusan mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Edisi Khas Kenderaan-kenderaan mainan PDRM oleh syarikat pengeluar peralatan permainan Daisheng (M) Sdn Bhd (Daisheng) di sini, Jumaat.

Beliau diminta mengulas persiapan PDRM berkaitan hari keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata PDRM belum menerima pengesahan rasmi daripada Filipina berhubung laporan bahawa seorang rakyat Malaysia dipercayai terbunuh dalam pertempuran di negara itu baru-baru ini.

Laporan media Filipina menyebut seorang lelaki Malaysia berstatus pengganas dan pakar pembuat bom, Zulkifli Hir atau Marwan, terbunuh dalam pertempuran itu yang turut mengorbankan 44 komando polis Filipina dan mencederakan 12 anggota yang lain.

Pertempuran berlaku ketika komando polis Filipina cuba menangkap Marwan di bandar Mamasapano yang dikuasai MILF pada 25 Januari lepas.
Tags / Kata Kunci: kes liwat , Anwar Ibrahim , PDRM , Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan