Pasar Tani Turun Harga 73 Barang Keperluan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2015 5:24 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) melawat gerai-gerai di Pasar Tani Taman Melawati ketika majlis pelancaran Program Jualan Turun Harga di sini, Kuala Lumpur pada Sabtu. --foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penurunan harga barangan di pasar tani bermula hari ini sebagai usaha kerajaan mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata menerusi 'Program Jualan Turun Harga Pasar Tani' itu, kadar penurunan harga adalah antara lima hingga 20 peratus melibatkan 73 jenis barang dan produk berasaskan pertanian yang segar, kering dan diproses.

"Penurunan harga itu bermula hari ini ... bagi membantu rakyat yang kini merungut tentang harga barangan yang tidak turun sedangkan harga minyak turun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di Pasar Tani Taman Melawati di sini.

Ismail Sabri berkata buat masa ini, kementerian tidak menetapkan had tempoh tertentu bagi pelaksanaan program itu di 570 pasar tani sedia ada di seluruh negara.

"(Peniaga) di pasar tani boleh turunkan harga, kenapa orang lain tidak boleh, sepatutnya tidak ada alasan lagi ... (peniaga) pasar tani turut hadapi benda yang sama," katanya.

Beliau berkata menerusi program penurunan harga itu, ia tidak akan menjejaskan keuntungan peniaga kerana mereka masih boleh memperoleh keuntungan daripada hasil jualan.

Ismail Sabri berkata kementerian akan memantau peniaga di pasar tani supaya mereka mematuhi pelaksanaan program berkenaan antaranya dengan meletakkan nombor hotline di setiap gerai bagi membolehkan pelanggan membuat sebarang aduan.

"Kalau ada peniaga yang tidak ikut, kita akan ambil tindakan dengan menyingkirkan mereka serta-merta daripada berniaga di pasar tani ... saya serius," katanya. 

Beliau turut menyarankan pengguna agar berbelanja secara bijak dengan membeli barangan pada tawaran harga yang lebih baik.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata sebanyak 50 pasar tani lagi disasarkan dibuka tahun ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk membuka 1,000 pasar tani di seluruh negara menjelang 2020.

Beliau berkata kementerian juga sedang merancang untuk mewujudkan pasar tani kekal bagi membolehkan pasar tani beroperasi setiap hari dan bukannya sekali atau dua kali seminggu. 

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan