Masyarakat Perlu Beretika Dalam Menggunakan Media Sosial - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2015 7:34 AM

Ahmad Shabery beramah mesra bersama Jins Shamsuddin semasa menziarahi beliau di kediamannya di Ulu Kelang, di Kuala Lumpur pada Jumaat. Turut kelihatan isteri Jins Shamsudin, Puan Sri Halijah Abdullah (kanan). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu lebih beretika dalam menggunakan media sosial, dan mengelak daripada menyiarkan perkara-perkara yang boleh mengaibkan orang lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata masyarakat perlu sedar bahawa tidak semua perkara boleh dikongsikan dalam laman sosial.

"Saya rasa sangat sedih dan kecewa apabila foto yang mungkin tidak disenangi oleh keluarga dan oleh yang empunya badan (disiarkan) ... di sini perlunya pertingkatkan etika diri kita sendiri terutama dalam menggunakan media sosial.

"Boleh ambil (gambar) tetapi bukan untuk dikongsi dengan orang ramai. Ada waktu orang rasa perkara itu mengaibkan diri dia dan kita kena ingat kerana apabila kita mengaibkan orang, satu masa nanti orang akan aibkan kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menziarahi seniman negara Tan Sri Jins Shamsudin, yang juga bekas anggota Dewan Negara di rumahnya di Hulu Kelang di sini pada Jumaat.

Ahmad Shabery berkata demikian bagi mengulas penyebaran gambar Jins Shamsudin yang berbaju singlet dan berkain pelikat dengan memperlihatkan susuk tubuhnya yang kurus di sebuah laman blog, yang dikesali oleh anggota keluarganya.

Beliau berkata sekiranya semua pihak lebih berhati-hati dalam menyiarkan sesuatu maklumat dan mengelak daripada menyiarkan perkara yang tidak sepatutnya, ini akan dapat mewujudkan masyarakat yang lebih beretika.

Ketika ditanya mengenai trend berbalas kenyataan dalam media sosial dalam kalangan ahli politik mengenai sesuatu isu, Ahmad Shabery berkata pihaknya amat bimbang jika tindakan itu menuju ke arah politik yang membangkitkan kemarahan rakyat.

"Dalam waktu sekarang lebih baik kita berfikir bagaimana untuk hidup bersama dan memerlukan politik kasih sayang, politik memaafkan dan politik untuk mengambil hati, kerana dalam hidup kita bukan berkira siapa yang menang bila kita bertelagah ... kalau hari-hari bertelagah, takkan habis, " katanya.

Beliau berkata, semua pihak seharusnya mencari jalan untuk hidup bersama-sama, saling memahami dan berfikir bagaimana untuk bertolak ansur antara satu sama lain kerana itulah yang patut dipromosikan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Masalah berlaku apabila sosial media tidak digunakan untuk tujuan mengembangkan semangat sayang, tetapi untuk mencari perbezaan, ia akan menjadi daripada isu menjadi konflik, daripada konflik menjadi krisis dan daripada krisis menjadi huru-hara," katanya.

Tags / Kata Kunci: etika , media sosial , Ahmad Shabery Cheek

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan