Najib Hos Jamuan Tengah Hari Raikan Jokowi

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2015 2:04 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk jamuan makan tengahari di kediaman rasmi, Seri Perdana di Putrajaya, Jumaat. Turut serta bersama dalam jamuan makan tengahri ialah isteri kepada Presiden Indonesia, Iriana dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Jumaat menganjurkan jamuan tengah hari bagi meraikan Presiden Indonesia Joko Widodo dan isteri, Iriana.

Majlis yang berlangsung di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana di sini turut diserikan dengan persembahan tarian oleh kanak-kanak daripada Permata Seni Tari dan dendangan beberapa lagu malar segar termasuk 'Kasih' yang dipopularkan oleh Yuni Shara.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi selaku menteri pengiring serta beberapa menteri kabinet.

Sementara itu antara delegasi Indonesia yang hadir adalah Menteri Luar Retno Lestari Priansari Marsudi; Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Sofyan Djalil; Menteri Perdagangan Rachmat Gobel dan Menteri Tenaga Kerja M. Hanif Dhakiri.

Sebelum itu, Rosmah dan Iriana meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk minum pagi.

Lawatan Jokowi, yang dilantik sebagai presiden Indonesia pada 20 Oktober tahun lepas, adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Jokowi akan berlepas ke Brunei esok.

Indonesia ialah rakan perdagangan keenam terbesar Malaysia di peringkat global, dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota Asean.

Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencatatkan RM61.1 bilion (AS$19.4 bilion) pada 2013.

Tags / Kata Kunci: Jokowi , Rosmah Mansor , Yuni Shara , Seri Perdana

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan