Jakim Nafi Keluar Kenyataan Haramkan Akaun Instagram

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2015 8:05 PM

Akaun Instagram 'The Rich Kids of Malaysia'.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan ada mengeluarkan kenyataan media bagi mengharamkan satu akaun Instagram atas nama 'The Rich Kids of Malaysia'.

Pegawai Perhubungan Awam Jakim, Aisha Al-Kharib Shah berkata pihaknya tiada kena mengena dengan kenyataan yang tersebar di media sosial itu.

Kenyataan palsu bertajuk 'Status Akaun Instagram The Rich Kids of Malaysia' bertarikh 6 Februari itu dikeluarkan atas nama Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha.

"Kita menafikan sama sekali kenyataan itu dikeluarkan Jakim," kata Aisha kepada Bernama pada Jumaat.

Antara lain, kenyataan palsu itu menyebut Jakim mengambil keputusan mengharamkan akaun berkenaan kerana beberapa faktor antaranya gambar-gambar yang dimuat naik menonjolkan sifat riak yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Tags / Kata Kunci: The Rich Kids of Malaysia , Instagram , Jakim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan