Isteri Presiden Indonesia Lawat Pusat Anak Permata Negara

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2015 1:42 PM

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama isteri Presiden Indonesia Joko Widodo, Iriana, beramah mesra bersama kanak-kanak Permata ketika membuat lawatan ke Pusat Anak Permata Negara di Putrajaya, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Isteri Presiden Indonesia Joko Widodo, Iriana, melawat Pusat Anak Permata Negara Putrajaya, di sini, Jumaat.

Ketibaan beliau pada pukul 10 pagi disambut isteri perdana menteri yang juga penaung Permata, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Selain diberikan taklimat mengenai operasi pusat berkenaan, Iriana turut dibawa melawat persekitaran pusat itu serta menyaksikan persembahan tarian oleh sebahagian kanak-kanak di pusat jagaan berkenaan.

Terdapat 60 kanak-kanak berumur dalam lingkungan satu hingga empat tahun di pusat jagaan itu dengan lapan tenaga pengajar.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Permata Jabatan Perdana Menteri Datuk Saidatu Akhmad, berkata semasa lawatan itu Iriana memberikan respons positif terhadap pogram Permata dan menyatakan minat terhadap inisiatif itu.

"Beliau berkata program Permata ini sesuatu yang boleh dicontohi dan kami di Permata sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin melaksanakan program seperti ini," kata Saidatu.

Menurutnya, terdapat 700 pusat jagaan yang menggunakan program Anak Permata Negara di seluruh negara melibatkan kira-kira 20,000 kanak-kanak.

Iriana dan Rosmah meluangkan masa kira-kira sejam di pusat itu sebelum menghadiri sesi minum pagi di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana.

Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi melakukan lawatan negara tiga hari ke Malaysia bermula semalam atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ia adalah lawatan sulung pemimpin itu ke negara ini selepas dilantik sebagai presiden Indonesia pada 20 Oktoner tahun lepas.

Tags / Kata Kunci: Joko Widodo , Iriana , Permata , Rosmah Mansor

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan